ATOK MTB KE PORT DICKSON….
Poiii Pokan, Poii Pokan, Naik Basika, Naik Basikaaaa.. (Dalam loghat orang Negeri Sembilan), senikata lagu tidak asing dari Kumpulan Blues Gang. Ya…kami melakukannya…Pergi ke Port Dickson naik basikal. Kayuhan yang bermula dari Bandar Salak, Sepang pada 12 Jun yang lalu. Seramai 11 peserta menyertai kayuhan kali ini yang melibat laluan jalanraya sejauh 60km.
Pasukan berbasikal kami dinamakan sebagai sebagai ‘ATOK Mountain Bikers’ (Atok MTB), diambil sempana nama kampung asal kami iaitu Kuala Atok yang terletak di Raub, Pahang. Apa yang lebih menarik, pasukan Atok MTB yang kini berjumlah 20 ahli terdiri daripada kalangan adik beradik, sepupu dan anak beranak. Ia bolehlah digelar sebagai pasukan berbasikal keluarga.
Setelah setahun menunggang berhampiran kediaman atau di kampung tercinta, mulai tahun 2007, kami pernah berkumpul di Bukit Tinggi Resort, Pahang. Kemudian di Bukit Fraser, Raub, Pahang, manakala pada penghujung tahun 2008, kami ke A Famosa Resort di Melaka. Apa yang menarik, pertemuan berbasikal ini, bukan sahaja terdiri di kalangan para peserta berbasikal tetapi turut serta isteri, anak, ibu dan ayah sekeluarga. Jelas menunjukkan program berbasikal yang kami anjurkan sedikit sebanyak membantu ikatan persaudaraan antara kami.
Bermula di salah sebuah rumah ahli di Salak Tinggi, Sepang, seperti yang telah diaturkan kami berkumpul tepat jam 6.30 pagi dan memulakan kayuhan setengah jam kemudian. Hentian kami yang pertama adalah di Sepang sejauh 14km dari lokasi mula.
Apa yang uniknya, kayuhan kami ini turut disertai oleh dua kanak-kanak, (anak paklong Haizar) Naim berusia 12 dan Lokman 9 tahun. Namun keyakinannya amat menebal sehingga mampu menewaskan kepantasan ayah mereka sendiri.
Oleh kerana, prestasi para peserta yang pelbagai, kami tidak menetapkan waktu sampai ke Port Dickson, sebaliknya melayan kayuhan kami dengan cara sendiri atau lebih kepada kayuhan santai, ada yang pantas, ada bersahaja. Peserta-peserta elit yang berkayuh pantas terpaksa menunggu yang di belakang. Kerana peraturan kami, tidak membenarkan peserta berpecah terlalu jauh.
Saya cukup tertarik dengan ungkapan yang berbunyi “keindahan bukan setakat dilihat tetapi keindahan itu patut dinilai, difikir dan diamati kejadiannya dari YANG MAHA ESA. Dari sinilah saya menemui aktiviti mengembara bersama basikal agak unik…berbeza dengan menaiki kenderaan berjentera, kelajuan itu membuatkan kita terlepas pandang banyak perkara sebenarnya. Walaupun semasa memandu, kita dapat melihat jelas sesuatu permandangan. Tetapi tatapan itu agak sebentar sehingga fikiran dan hati tidak sampai untuk mendalaminya.
Manakala dengan berbasikal, kita dapat memandang atau melihatnya dengan lama, sehingga ia menyelami fikiran dan hati. Dari itu penglihatan kita bukan hanya bertumpu pada mata sahaja, tetapi pemandangan itu dilihat oleh mata hati yang akan mentafsirkan sesuatu lebih mendalam sehingga kadang-kala kita dapat memamahi pemberian dari Yang Maha Pencipta itu.
Kayuhan santai kami pada pagi itu sedikit terhibur dengan melihat matahari mewarnai awan di langit yang sebelumnya nampak agak suram….
Sepanjang perjalanan banyak menempuh ladang kelapa sawit, manakala kayuhan selepas bandar Sepang sedikit mencabar kerana terpaksa menempuh laluan berbukit. Oleh kerana kami bukanlah dalam pertandingan, dengan kayuhan yang agak perlahan dan bersahaja itu, kami dapat mengatasi dengan baik.
Kami tiba di bandar Port Dickson pada jam 10.30 pagi, satu kemestian dalam acara kayuhan adalah menghilangkan dahaga…bukan dengan minuman isotonik tapi pekena teh tarik dan roti canai dua keping. Lapar tu…setelah puluhan kilometer berkayuh…Kami bukannya ahli sukan untuk menjaga ketat diet pemakanan, tapi selera perut pun dah sebati dengan makanan roti canai, teh tarik, nasi lemak……mengindahkan sarapan kita……
Hampir setengah jam menikmati sarapan dan berehat di sebuah restoran mamak di bandar Port Dickson, perjalanan diteruskan menuju ke Teluk Kemang dan menunaikan fardhu Jumaat. Kayuhan selepas jam 11.30 pagi agak memenatkan. Bagi kami jauh perjalanan tidaklah dihiraukan tapi panas terik yang melampau membuatkan kami cepat kehilangan tenaga dan semangat.
Selepas berhenti berehat dan menunaikan fardhu Jumaat di sebuah masjid yang terletak berhampiran Teluk Kemang, perjalanan semakin pendek menuju ke ‘Winner’ Bungalow yang terletak hanya beberapa kilometer sahaja dari pantai terkenal Port Dickson itu.
Tepat jam 2.30 petang, kami tiba di tempat penginapan kami disambut oleh ahli keluarga masing-masing yang telahpun sampai lebih awal dengan kenderaan. Rasa gembira bukan kepalang, apabila kayuhan kembara yang diaturkan kali ini berjalan dengan lancar. Walaupun bagi peserta yang masih baru berjinak dalam aktiviti berbasikal nampak agak penat, tetapi tetap menunjukkan rasa gembira dengan kejayaan yang dikecapi secara peribadi.
Aktiviti utama keluarga kami pada malam itu adalah BBQ, makanan melimpah ruah…, syukurnya hidup di Malaysia bila melihat kebuluran yang berlaku di beberapa buah negara miskin. Ada seorang peserta membayangkan untuk menurunkan beberapa kilogram untuk kayuhan pada kali ini, tetapi melihat makanan pada malam itu, nampaknya hasrat untuk menghilangkan beberapa kilogram itu, takut-takut akan bertambah pula.
Beberapa peserta terpaksa tidur di luar walaupun Bungalow tersebut mempunyai lima bilik dan ruang tamu yang luas. Namun kehadiran warga ATOK MTB yang ramai pada kali ini menyebabkan rumah yang luas itu agak sempit. Hujan turun agak lebat pada malam itu, sekurang-kurangnya menyejukkan suasana.
Keesokan pagi, kami berkayuh ke kawasan kampung berhampiran dan sempat singgah di Rumah Api Tanjung Tuan bagi melengkapi kayuhan kami di Port Dickson ini. Seperti biasa, sempat juga singgah di kedai Mamak. Hai…ingat berbasikal boleh menguruskan badan, tapi asyik layan makanan berkolestrol tinggi ni apahalnya pula.
Waktu lapang tengahari sempat pula beberapa orang peserta ke kedai basikal di Seremban, maklumlah kaki basikal. Cerita pun pasal basikal aje….
Pada petang hari, bergembira di tepian pantai yang terletak tidak jauh dari penginapan kami. Aktiviti seperti banana boat, jet ski dan kenu turut tersedia untuk di sewa. Apa yang menarik di Bungalow tempat kami sewa itu juga terdapat kolam renang mini, cukuplah lepaskan gian.
Keesokannya hari terakhir penempatan ATOK MTB di Port Dickson, bagi para peserta berbasikal, kami meninggalkan Bungalow memulakan kayuhan ke Salak agak lewat, iaitu jam 9.30 pagi. Jika waktu tiba kami memerlukan hampir lima jam untuk sampai ke destinasi, maka kayuhan ini pasti akan tiba terlalu lewat dan melewati cuaca panas yang lebih panjang.
Hasil dari tekad di hati, pada kayuhan pulang, kami melupakan kedai mamak, lupakan teh tarik, lupakan roti canai dan terpaksa mengurang waktu dan kekerapan berehat. Hasilnya kayuhan pulang hanya mengambil masa tiga jam setengah.
Syabas…..walaupun acara kali ini agak ringkas, namun riak muka masing-masing menunjukkan satu kepuasan hidup yang tiada nilainya…walaupun terpaksa bertarung degan kayuhan jarak jauh di bakar sang matahari, namun itulah yang membakar jiwa kami agar lebih kental dan tidak mudah mengalah pada soal yang remeh temeh.
Sedikit sebanyak aktiviti berbasikal di kalangan keluarga ini meninggalkan pelbagai kesan kepada kami. Bukan sahaja ia dapat mengeratkan tali persaudaraan, tetapi mempunyai cara kehidupan yang unik. Ia juga merupakan aktiviti sihat yang dapat mengeluarkan peluh dan menghindari dari gejala-gejala yang membuang masa. Selain itu kita dapat menyahut seruan kerajaan untuk merealisasikan unkapan ‘Cuti-Cuti Malaysia’.
Kami harap, aktiviti basikal ini dapat diterapkan kepada keluarga-keluarga diluar sana, Jom kayuh…….