Friday, March 12, 2010

Thailand Trip Day 2

Bangkok sebuah metropolitan tersibuk dunia
Day 2 (Pracuap Khirikhan – Bangkok)

Aku buat cara aku …cerita ini adalah diterbalikkan dari akhir ke awal (saja buat eksperiMENTAL), Kalau masa sekolah….mahu cikgu kata aku gila…tapi sekarang aku tak kira…Berani mencuba untuk berani berubah…..


++++++++++++++++

Restoran Halal tak senang jumpa


Aku melelapkan mata aku dengan kalimah Bismillah……sebelumnya badan begitu rasa penat, walaupun tidak sejauh semalam, tapi sepanjang hari ini begitu memenatkan…….


Ok juga hotel ni terletak di Silom Road, nadi utama jalan pelancongan di Bangkok, jumpa menggunakan Garmin GPS..Thanks.. Satu malam 1600 bath, terus ambil 2 malam

Kami tersesat kat jambatan gantung ini beberapa pusingan

akibatnya kena tanggung kos tol


Teringat tadinya ketika perut teramat lapar, Alhamdulillah berakhir dengan hidangan nasi di gerai muslim. Bayangkan ketika sampai di tengah kota Bangkok pada jam 8.00 malam, mencuba aplikasi GPS untuk mencari kedai halal, taip muslim…ada lebih kurang 26km…Perut lapar, pergi jugaklah…Korang tahu…disebabkan itu kami tersalah jalan beberapa kali, yang tak tahan asyik termasuk laluan tol ke jambatan Gantung yang amat moden dan hebat. Empat kali berulang-alik di jambatan gantung tu, pergi masuk pulak kat kaunter yang sama, sampai jurutol tersenyum manis, ‘madai….’ Katanya, aku pun jawap #@*8$%^, tengah tension ni…isshhh nak off GPS ni…atau aku yang tersilap…

‘Off GPS’….hilang panduan…., jangan jadi bodoh..usah ikut firasat masa lapar, kalau hati dan akal ketika tenang okey..firasat yang positif…Sekali masuk tol 45bath (RM4.50) jadi empat kali…melepas duit makan malam tu…

Akhirnya sampai juga…., tapi makanan habis… Nasib baik tuan kedai memberitahu %$#@!*&, kalau tak menggunakan isyarat tangan..aku tak faham. Berhampiran terdapat masjid besar..jadi sekitarnya banyak restoran atau gerai Islam… Nasi Goreng, Roti Canai (makan dengan susu kat sana) dan Teh AISSSSSSSS….

Aku kagum melihat saiz metropolitan Bangkok, setelah melihat sendiri, aku akui ia amat besar…bayangkan 70km sepanjang ke tengah kotaraya Bangkok adalah penempatan dan bandar. Bayangkan dari Seremban hinggalah ke Bukit Bintang, sepanjang jalan adalah bandar. Maka sebab itu sesak teruk..agak bernasib baik kami melewati Bangkok pada waktu yang amat sesuai, mereka keluar aku masuk.

Sebelum sampai ke Bangkok, aku dapat melihat tasik Garam..Ooo begini untuk buat garam… Ia terletak 60km sebelum kota Bangkok, sepanjang jalan garam dijual..murah dan amat murah…beli jugaklah sepeket besar buat kenangan. Kolam takungan garam itu berbau hanyir…tapi mana mungkin masakan kita tidak bergaram……

Sebelum daripada itu pada jam 4.00 petang kami sampai di Damnoen Saduak Pasar Terapung…..Akhirnya sudah berada di depan mata, oleh kerana agak lewat…tidak begitu meriah seperti waktu pagi…aku tak mahu buat andaian sendiri, aku kena fahami sejarahnya, mengapa, bila dan kenapa?????? mereka berjual-beli sebegini, kalau tidak kerana pelancongan..ia sebenarnya pasti pupus….

Tiada yang lebih menarik di sepanjang jalan dari Pracuap ke Bangkok apabila dapat merasa nenas yang amat segar dan manis..My wife yang ‘fobia’ nenas pun begitu asyik menikmatinya…Kami ke ladang nenas dan tebu, redah masuk off road yang berdebu…..

Syaffiyah pulak dok asyik bergelek..dari semalam aku kesian dia bosan, jadi aku tanya mahu apa, hulahop…nah dua aku beli…rupanya bagus…setiap berhenti, dia bergelek..aku cuba…wah…bagus.bagus…interaktif dalam perjalanan jauh. Setiap kali berhenti, gelek…..

Satu lagi yang tidak kami lupakan..nangka, manis sedap dan nikmatnya pemberian Alam…. Aku tak jumpa di mana ladang Nangka…(sebenarnya masa amat memburu dalam perjalanan ini).

Kami keluar dari bandar Pracuap Khirikhan pada jam 11.30 pagi, check out dan berlalu menuju ke Utara…

Semasa berhenti di gerai buah-buahan..betapa aku rasa hangatnya suasana, semakin utara semakin hangat dan semakin kering…. “MATAKU MULA LAYU DAN KELETIHAN MELANDA DIRI….” Mungkin kerana bangun tidur terlalu awal dan melakukan ‘morning ride’ merentasi Pracuap….

“Oooooo…aku dah tahu kenapa aku penat sangat hari ini…..(jawapan pada perengan mula…. Aku melelapkan mata aku dengan kalimah Bismillah……sebelumnya badan begitu rasa penat, walaupun tidak sejauh semalam, tapi sepanjang hari ini begitu memenatkan…….)


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

OK maaf, cerita dari akhir ke awal….sekurang-kurangnya kita terfikir sesekali kita mengingati akan asal-usul kita dari mana….dari akhir ke awal…..go touring…..dari China balik Malaysia pun boleh…..hehehhehe

Makin Utara Makin Botak



Satu-satu gerai muslim di RnR..... Telur Masin Goreng.....


Garam dijual sepanjang tepi jalan menuju ke Bangkok



Rasa Garam.....





Aku pun rasa garam...manis atau masin?


Peace to the world....


Agak berbau...tapi tak lazat makanan tanpa garam



Perjalanan jauh, tapi tempat-tempat menarik pasti singgah



Mat Saleh cari kepuasan.......



My Latio....masuk 6 bulan dah 18,000km



Di Floating Market, Damnoen Saduak


Kenangan



Kenangan 2




Kenangan 3




Aku humban jugak budak ni....




Shopping ala kadar..buah-buahan




Nah.....


Peace for the floating market


Banyak kedai produk dari tanah liat di Damnoen Saduak


Pick-up serba boleh..pick-up orang pun boleh


Dinasor...aum.....


Semakin Utara, semakin cantik permandangan


Ladang Nenas dan Tebu


Uihhhh...



Interaktif long distance



Bagus juga bergelek....


Jarak kedai dengan kedai seberang amat luas...ini hanya laluan sehala apabila tiba di bandar2, Thailand belum ada lebuhraya tertutup seperti PLUS



Ishhh....mereka berani, aku kecut....



Buah-buahan mereka memang ada umpppp,...


Bayangkan betapa banyak kali nak berhenti kalau nak shooting, pasal tu aku tak nak bawa video.....