Pada mulanya agak cuak….untuk mulakan kayuhan, takut-takut peraturan bandar ini tidak boleh berkayuh basikal pada waktu puncak (tetapi logiknya, basikal paling dibolehkan ketika waktu puncak) Ahhh belasah je….aku bukan buat jenayah….
Tepat jam 7.30 (waktu Thailand) aku turunkan MY Steel dari My Latio. Kereta pendaftaran Malaysia di Bangkok boleh dikatakan Zero.. Setiap kali manusia yang lalu lalang di situ akan terpinga-pinga melihat sebuah Latio WSW9855, Latio di Thailand dengan nama Nissan Tiida.
Faham peta...mana2 pun boleh redah
Benar aku sedari, kembara kereta bersama basikal amatlah praktikal, bila sampai di destinasi, kita berkayuh, jimat tambang teksi. Redah je….tapi jangan lupa alamat Hotel (tahu nama hotel dan jalan amat penting), boleh ‘total lost’ dengan saiz besar dan kesibukan Bangkok.
Enam kilometer pertama aku mengikut laluan hujung ke hujung Jalan Silom dan laluan di belakangya, untuk mengenali ‘landmark’ atau tanda jalan, bangunan atau billboard untuk memudahkan aku mencari hotel nanti. Melihat pada peta konsep pembinaan kotaraya ini boleh dikatakan tersusun daripada Kuala Lumpur.
Takde masa nak singgah
Bagaimana, semasa aku di kota London, aku dapat melihat pembangunan dan laluan adalah selari dan setentang, jadi agak sukar untuk sesat atau mudah untuk kembali pada laluan yang sepatutnya. Bangkok hampir-hampir mudah difahami (macam urat daun, urat utamanya Rama IV lihat Google Map) tetapi sila lihat peta bandar Kuala Lumpur, laluannya tidak selari, arus pembangunan tidak serasi, dengan sekali sepusingan sambil berpandukan peta, aku dah tahu yang sebenarnya aku berada pada lokasi paling tengah di Kota Bangkok…
Bangkok Mosque...(Pakistan)..kekadang terpikir...cuba One Malaysia hantar sekelompok orang Melayu ke perantauan....apakah mereka boleh mengubah seperti China..(China TOwn mana2 pun hidup)......
Ini adalah laluan utama ke Bangkok Mosque..betapa beruntung kita tapi......
Redah lagi, jumpa Bangkok Mosque tapi kesian…memang Islam dipinggirkan di sini, Masjid2 semuanya di lorong belakang, betul-betul belakang.. Nasib kita sebagai umat Islam di Malaysia amat-amat terbela, jom penuhkan masjid, amat sayang sekali jika kita tidak menggunakan dengan sebaiknya.
Kalu ada SLR lens 200mm ia pasti..............
Aku minat benar pergi pasar....untung bini aku...lakinya suka pergi pasar
SMOF Supply tak mahu bukak Branch kat Bangkok, pasaran 12 juta penduduk....
Alat pemadam api tu di jadikan perhiasan lampu..ejul try buat...
MY Steel...it's works
Pasar basah, kegemaran destinasi aku di mana-mana, di sini adalah semuanya, manusia, budaya, makanan, dan macam-macam lagi, aku boleh lepas berjam-jam lama jika masa tidak mencemburui aku
Wahhh…….aku tersenyum melihat My Steel… “macam mana kita boleh lepas kat sini beb” dah jiwa basikal, berkata bebas dengan basikal pun ada apa hal. Aku melihat bangunan berceracak tinggi, Sistem transit aliran ringan dah maju termasuk di bawah tanah, teksi Toyota Altis terbaru tu….. Aku teringin nak ke Jambatan Gantung yang merentasi Sungai Chao Phraya, di sini terdapat banyak jambatan, (tapi masa amat suntuk) pukul 11.30 kena balik Hotel nak bawa keluarga bersiar-siar pula.
Kedai Basikal Pro Bike..terbesar di Bangkok, ada bangunan sendiri, macam supermarket
Tapi dah cari dalam internet kedai basikal terbesar di Bangkok, saja melihat kut-kut murah, kebetulan ia terletak tidak jauh dengan destinasi yang hendak di tuju di Lumpini Park, sebuah taman di tengah-tengah metropolitan Bangkok. Kagum melihat sebuah taman yang amat besar di tengah-tengah kota. Macam di USA pulak. Betul-betul di tengah kerana ia dikelilingi oleh kedai dan bangunan (check google).
Sampai juga aku di Sarasin Road, Pro Bike nama kedainya…… Wah besarnya…ada bangunan sendiri pulak tu, bahagian showroom amat menarik, manakala ada department servis sendiri, memang nampak nampak pro…Harga barangan biasa je…lihat barang Shimano Via Malaysia… Aku nak cari barang2 pelik je. Sangkutlah dengan saddle Brooks tiruan dan Handle Grip kulit. Jadilah……
Bangkok..cukup besar dan maju...bersih
Lumpini Park...
Had Laju Basikal.....????
Dah Jiwa Basikal…..Berkayuh pulang ke Hotel, rupanya berhampiran hotel kami ada kedai muslim…”Teh ais satu…Kuew tiau sup satu” ahh cakap je bahasa kita, dia orang tanya bahasa dia, dua-dua tak faham….apa yang korang hantar aku sapu…halal….(tak banyak karenah..tapi Teh Ais sedap, kat Malaysia tak minum Ais)..sini Teh Ais punya pasal…..ais pun ais lah (minum panas tak sedap) Teh Ais…Teh Ais…The Ais…Teh Ais…aku suka……