Monday, June 21, 2010

Melatih Jiwa part2

Hari 5 hingga 11 (Mekah)

Perjalanan dari Madinah ke Mekah hampir-hampir mencecah 500km, dengan bas hampir enam jam lebih, tiada pemandangan yang lebih hebat melainkan menyaksikan tanah kontang, bukit gersang di sepanjang jalan. Kalau di ikutkan bilangan pokok boleh di kira…Aku membayangkan betapa hebatnya penghijarahan Rasulullah bersama para sahabat dengan hanya menunggang Unta. Di tengah-tengah bumi kontang itu dengan jarak yang sebegitu jauh, begitu hebatmu Ya Rasullullah dan para sahabat, sedang aku terkehel-kehel mengeliat kaki tangan akibat terlalu lama dalam bas yang berhawa dingin.


Tiba di Mekah dalam Ihram, sampai di hotel terus makan dan dimaklumkan ada perubahan besar pada kami, separuhnya akan dipindah ke Hotel lain..Uhh..segala beg sudah diangkat…tapi jangan buat pasal…nak marah jangan sekali dalam ihram ni..Tapi percayalah setiap kesusahan atau kedukaan itu adanya jalan keluar. Syukur kami beberapa orang yang kena tukar hotel itu sebalik berpindah lebih ke depan semakin hampir dengan Masjidil Haram, pulak tu tak perlu lintas jalan …rezeki di sebalik kesusahan. Sepatutnya hotel Firdaus Palace untuk pakej yang lebih mahal tetapi kami dapat menikmati dengan kadar yang masih sama.

Hotel di Mekah jauh bezanya dengan di Madinah yang segalanya tersusun dan kemas, besar lagi moden, di Mekah..ia agak berserabut, jalan-jalan agak kecil, laluan pejalan kaki ketika waktu puncak amat mendudkacitakan.. Tetapi itu adalah ujian yang harus di tempuhi, menguji sejauh mana kesabaran, sejauh mana keikhlasan…..

Seperti biasa kehidupan di Mekah, setiap waktu solat, berbondong-bondong memenuhi Masjid…Sedang umrah aku dapati ia nampak terlalu ramai, masakan masa musim haji…Hebat-hebat….Baitullah penuh kemuliaan, kehebatan, selamanya…

Aktiviti diri, hanya pergi ke tempat miqat (untuk niat umrah di tanah halal) di Thanaim sejauh 12km dari bandar Mekah, aku try redah pakai Bas..2 riyal, balik 2 riyal, kalu teksi 50 Riyal gi balik, naik Van 10 riyal (tapi kena tunggu penuh), cari yang paling murah dan mencabar….naik bas, selain tu ‘walk’ sekitar beberapa kilometer di sekitar hotel.. Rata-rata warga asing agak menguasai sesebuah kawasan, sebagai contoh tempat kami menginap, rata-rata warga Pakistan dan Bangladesh memonopoli kawasan tersebut, ekonomi, kedai-kedai makan sepenuhnya dikuasai mereka termasuk jugalah Indonesia. Bayangkan Indon menguasai catering beberapa buah hotel yang kebanyakannya rakyat Malaysia menginap, sehari berapa puluh ribu perniagaan mereka…. Kita Melayu Malaysia di MANA, ustaz-ustaz yang bekerja sepenuhnya masa dengan Tabung Haji Malaysia yang juga pemandu pelancong (Mutawif) adalah warga Indonesia..KITA melayu Malaysia….

Oklah tidak mahu mencoret terlalu panjang, apa yang boleh aku katakan, yang berkemampuan, pergilah Haji atau Umrah ketika ini, jangan tunggu sehingga usia tua, ada kelapangan masa dan wang ringgit..Go…go…(jawapannya ada di SANA), yang belum ada, cari dan kumpul sehingga dapat (tanamkan azam…insyaAllah dengan keberkatan dari sedikit itu, kita MESTI dapat, yakin denganNYA)…..Berminggu-minggu kita bersusah payah untuk berjemaah, bergerak beberapa ratus meter atau lebih dari itu untuk ke Masjid Nabawi atau Masjidil Haram yang ganjaran ribuan ganda, hari demi hari ia pasti dan kita harus yakin denganNYA…kita dapat rasai apabila hati dilatih tubi di sana nanti…

Aku berfikir..kenapa segalanya berada di Sana, kenapa tidak di Switzerland atau Amerika yang indahnya pemandangan alam. Di sana kering kontang, panas, berdebu, berserabut. Ya tiada apa yang menarik langsung dari pandangan mata… Aku fikir…bila kita di sana kita hanya mencari redhaNYA, tumpuan kita hanya satu, panas, berserabut, debu dan pelbagai lagi adalah ujian. Ya hanya satu…tiada apa di sana…hanya Satu….lakukan…..

“Aku hidup ingat padaMu, aku, makan, minum, tidur dan segalanya, apa lagi difikirkan selainMu, ahh..inilah kedamaian, ketenangan yang abadi.”
“Aku datang lagi Ya Allah, datang dengan hati yang kotor, ingin sekali aku lempar jatuh hati yang busuk itu ke lantai laman tawaf, dipijak-pijak oleh hambamu, lalu meminta yang baru, hati yang bersih lagi suci..Allah…Allah….Allah…”



Roti Nan Goreng , saiz XXXXL weh, orang sana kuat
makan


My Daughter....Hajah...




Sepatu......yang gantung menarik minat




Aku.....gi mana2, aku cari tingkap (koleksi pelbagai negara),
Aku nampak kelainannya, cuaca mempengaruhi....



Just Walk Around




Tingkap tu...yess itu pu mendamaikan



Orang luar tak pergi pasar, aku cari.....di sini hidup mereka
sejati tak terikut atau dipengaruhi pelancong atau anasir luar


Pasar...orang sana tak suka sayur........



Roti mereka suka......




Favourite.....kambing......




Yang lama diroboh untuk yang baru, yang tua meninggal,
yang muda jadi tua, yang budak jadi muda....lumrah dunia
"tapi tak semesti tua baru mati" bangunan baru yang tak dimaintain pun
boleh roboh.......jadi bertaubat hari2, esok kita akan roboh.....


Pintu dan tingkap...kemestian




Aku di sana.....



Hajah....




Banyak bangunan lama di roboh untuk keselesaan
kita di masa akan datang



Suatu hari nanti aku nak travel macam ni pun ok,


Yang....jubin tu lebar 2 kaki, U ckit lagi lagi nak
cecah lebar tu...jom cycling...


Naothing to say, bila ia berada di depan
mata.....



Aku juga di sini




Roboh lagi......




Fungsi tingkap dah tak rasi....aircond dah wajib kat sana



Ko orang tak faham....aku pun...tapi tingkap tu
beri makna



SubhanaAllah





Yang......pergi masjid dapat ganjaran, tolak kerusi
roda pun ada ganjaran...Sayang Thanks..u give me double
potong sikit u punya ganjaran, kita share.....



Perkarangan luar Masjidil Haram




Sapa ada rezeki..pergilah. muda2 lagi bagus teruatama buat haji....
tenaga segar, ibadah pun segar...iltizam kita masih kuat


Ni diet kami....

Yang akhirnya dikongsi bersama saudara semuslim,
banyak tu mana boleh habis...aku belanja tapi dia bayar, then aku masukkan duit
sadakah ke poket dia...macam-macam kat sini


Inilah hotel penginapan kami



Jabal Tsur....



Couple......Orang panggil my wife Datin, aku Dato' la.....



Padang Arafah,....



Ramai cakap naik unta kena kapur....ni haa aku naik
ATV 10 riyal seround...,



Uhhh...best..boleh lupa basikal cam ni....



Di Jabal Rahmah, tempat pertemuan Nabi Adam dan
Hawa


Cenderahati di mana2



Jabal Rahmah sesuai untuk doa kasih sayang...
nak mohon dipertemukan jodoh untuk ke2 pun ok..
(aku naik sorang, my wife kat bawah...) Sayang u x boleh
naik tu, I naik sorang je lah.....


From Bosnia......




Lepas Tawaf sunat







Atok...jom kayuh 47 darjah celcius....




Madinah - Mekkah




Di Jeddah



Who Latio, not mine....



Tikar Terbang Aladdin



Laut Merah...boleh tahan jernihnya.....




Tasbih made in China.... China makin makmur weh....



Masjid Terapung Jedaah


my wife and daughter



Aku di sana



My mom



My Abah.....



Antara yang mewarnai My Life