Wednesday, April 7, 2010

Thailand Trip Day 5 and 6

Thailand Trip Day 5 and 6

Tha Sae - Surathani - Hatyai - Songkhla

Semalam drive sampai lewat malam....pagi ni bergerak lebih awal...ke sempadan adalagi 550km.
Tapi aku decide untuk bermalam di Songkhla supaya boleh berkayuh sekali lagi....masih belum puas berkayuh.....

Tak sempat selagu....kedua-dua pemaisuri hatiku sudah terlena......Faham...ini mesti penat semalam belum berakhir. Semalam berapa kali ulang CD Opick, CD indonhits, hari ini sekali lagi...buka radia Thailand...@#$%$^%$$# apa pun aku tak faham. lagu Inggeris tiada langsung.
Aku tabik rakyat Thailand..susah betul anasir luar mengusik jiwa mereka. Mereka hidup dengan cara mereka...

Kita....bayangkan berapa acuan...Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Betapa rapuh kita...dan fikirkan betapa nilainya negara kita sehingga menjadi rebutan.

Kita...apa yang kita lakukan demi negara....sedarkah kita hujan emas memang berlaku di negara kita..tetapi kita lebih memikirkan hujan batu di negara asing. "Hujan Emas di negara Orang, lebih baik hujan batu di negara sendiri." Tapi sekarang hujan emas sedang menghujani negara Kita.

Kita....terus membiarkan warga dan bangsa asing menadah emas dengan jaring, sedangkan kita mengutip saki-baki yang terjatuh....Kalau jaring mereka kemas dan semakin membesar...Kita..

Kita juga yang rugi....hohohohohoohoo., Ishhh jauh lagi nak sampai Surathani...

Sampai Surathani, tiada apa yang lebih menarik selain menjamu selera tengahari itu, mudah jumpa gerai atau restoran halal. Nasi Ayam dan Mee Sup...dan Teh Ais....

Perjalanan terus berlalu ke Hatyai. Cari kedai basikal mencari frame besi..ada tapi tak jauh beza dgn My Steel... Terus ke Songkhla, makan besar, kayuh dan tidur.....

Shorcut (x mau cerita panjang...)

Esoknya, jam 11.00 pg check out, merayau bersama latio mengikut laluan aku berbasikal pagi Tadi....

Jem teruk untuk keluar dari Thailand...4 jam sehingga aku terpaksa masuk belakang lorong di sempadan mencari petrol (beli 4 botol).

Kembali semula kami di negara tercinta...betul aku sedang menyaksi hujan emas mencurah-curah dari kepulan awam yang amat indah...Wow...aku tanya isteri dan anak...apa yang kita dapat sepanjang pengembaraan ni... Shahfiyah menunjuk permainannya....Isteri aku senyap...tak mahu bermain kata dengan aku...

Ya aku pernah dipersoalkan, mengapa perhabiskan wang beribu ringgit semata-mata untuk melancong atau mengembara....., Aku pun belum pandai memberi fakta sendiri...cukuplah ia amat menyentuh jiwa apabila melihat bumi Tuhan. Aku masih teringat kata seorang ustaz Ghazali Ibrahim..."Apa yang anda lihat, apa yang anda dapat, kesinambungannya....Siapa kita yang menentukan bagaimana kita melihat sesuatu....'

Dari kitab La Tahzan (karangan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni):

"Di antara perkara yang dapat melapangkan dada dan melenyapkan awan kesedihan dan kesusahan, adalah berjalan menjelajah negara dan membaca ayat yang terbentang luas ini untuk menyaksikan bagaimana pena-pena kekuasaan menuliskan tanda-tanda keindahan di atas lembaran-lembaran hidup. Betapa tidak, sebab kita akan sering menyaksikan taman, kebun, sawah dan bukit-bukit hijau yang indah mempesona.

Keluarlah dari rumah, lalu perhatikan apa yang ada sekeliling anda, di depan mata anda, di belakang anda. Dakilah gunung-ganang, jamahlah tanah di lembah-lembah, panjatlah batang pepohonan, teguklah air yang jernih dan dekatkanlah hidungmu ke kelopak mawar....."

Antara petikan yang baru jumpa dalam kitab itu...., sedikit sebanyak menghidupkan matlamat perjalanan aku ini dan yang akan datang.................................Aku membayangkan, seperti kita membaca sebuah buku yang amat menarik.....melihat ciptaan Tuhan seakan sedang membaca tulisan-tulisan hebat dari sebuah buku.......semakin cantik pemandangan itu, semakin menariknya tulisan yang kita baca itu...SubhanAllah......




Di hadapan hotel RnR Tha Sae...



Kenangan buat selamanya.....




Peace......




Kat Sini semua menda buat daripada kayu balak.....




Hotel bagi breakfast percuma di gerai RnR...dua kupon...kat Malaysia ada RnR ada hotel, tapi penggunaannya masih belum meluas





Berpijak pada batang balak..




Di gerai RnR....memang betullah semuanya pakai balak




Apa yang ditulis tu



Bila melihat anak happy...aku turut happy,



Salak.....Yummy..





Durian gergasi.....betul2 besar,




Gerai Muslim...Halal




Beli Telur Masin sebelum sampai Surathani..produk Halal



Laluan masuk ke Surathani




B.A.B.I bergelimpangan dalam pick-up tak senonoh betul...





Surathani is nothing...tak sempat ke pantai...malas nak buang masa.



Pantai Samila di Songkhla..




Nama Songkhla ada kaitan tikus dan kucing



Tarikan pelancong di Songkhla






Makan besar.....betul2 besar....Di mana asalnya Tomyam..,
Masakan restoran kita waktu malam semuanya berasas masakan Siam..
Jadi dari mana asalnya...rasai kebenarannya di sini.....



Dah tau naik feri, sebelum ni berkayuh..jadi ajak keluarga menikmati...





redah......laut,



Perkampungan Nelayan...islam




Gerai Starbuck....aku suka...., berikan aku satu buku yang menarik...dan aku boleh
melepak kat sini berjam-jam...



Isteri aku..sporting giler...aku respect...,



Teh Ais......


Kat Starbuck atau coffee bean mana ada....,




Aisyeehhh, kalu pakai uniform Pagoda...memang sure,
boleh buat trailer basikal ni.....


Singgah di Hatyai...syurga beli belah




Sapa suka Shopping inilah tempatnya



Hui yooo....



Dari dulu sampai sekarang, imigresen Thailand kena
selit duit dalam pasport, sah atau tak sah ni...


Perantara Thailand - Malaysia, buat salah tang ni
tiada apa......
ooooo...lupa ada 1 story tertinggal...pasal 'WALK @ BANGKOK NITE'...nantikan