SETTING YOUR BIKES
TIADA PILIHAN: aku kali ni, basikal off road dah jual….basikal Merida tak setting offroad lagi… Apa lagi sambil jari telunjuk menyentuh di dagu, siapa nak follow naik Bukit Dagu. Tengok graf cam hebat cabaran ni. Apalagi, setting ‘oldskool’ no name aku le untuk meredah Antara Gapi pada 9 Julai 09.
Seminggu sebelum, dah cari rim ‘oldskool’ 7 speed untuk setting wheelset offroad. Tayar Hutchisson + tube. RM180 untuk semua. Aduh ni buat aku tersenyum pakai oldskool, kalau top end tu..sendiri mau ingat bro…. Fork…belasah aje oldskool yang pakai sistem getah (tak pakai koil), nak rosak-rosak le RM20 je fork tu (servis sendiri).
Dah ada spare Suntour yang nampak macam ‘oldskool’ compatable. Tiga Empat hari test ride, semua ok, sampai esoknya nak ke Antara Gapi baru nak teringat, rasa kali ni nak all out, nak tapau new bikes. So cari idea untuk setting lumba…
catatan masa lebih baik
Tiga Empat hari test ride, semua ok, sampai esoknya nak ke Antara Gapi baru nak teringat, rasa kali ni nak all out, nak tapau new bikes. So cari idea untuk setting lumba…
1) Getah pad digosok dan dibuat lurah nipis bertentangan pusingan rim, kelancaran kabel diambil kira….. (supaya tahap gigitnya lebih)
2) Gigi Crankset…gigi caset di check….satu persatu, agar tak rosak, guna kikir besi untuk licin gigi yang rosak (maklumlah old skool berpuluh tahun usianya)
3) Lidi Wheelset check, tiada longggar
Sebelum permulaan Antara gapi
mungkin ratusan peserta (mula agak belakang)
4) Bar End dikeluarkan…agar hendal lebih lebar, stem kasi turun semata…
5) Fork kasi keras (yang ni x jamin boleh tahan atau tak)
6) Front Durailer setting bagi turun lebih cepat dari naik. Bila shift turun sekelip mata turun tapi naik kena tarik durailer lebih sikit. (hasilnya untuk memecut di pertengahan bukit, point untuk memotong pelumba lain hanya kat sini).
7) Rear Durailer setting – Paling besar hingga gigi ketiga aje….gear 1 dan 2 paling kecil x main untuk track cam ni, Jadi aku tak loose berapa saat termasuk pada gear yang tak perlu
Tahap ni Old skool aku masih boleh berentap dengan kaki
Bukit Dagu
Tamat di tempat ke 32...oklah tu pakai old skool,
Kenangan Antara Gapi
8) Persediaan paling penting persediaan diri dengan skil baru, imbangan pusat gravity. Pasal V brek ni x sehebat disc hidraulik… Jadi bila turun bukit aku kena imbang agar berat sekata, tapi body weight banyak main belakang tahap rendah sampai kadang tu tayar depan lock, jadi adjust kat lever untuk dapat pressure sesuai….
9) Basikal apa pun, enjin (diri sendiri) adalah penentu. Kali ni basikal berat Ya Rabbi (lebih 16 kg beb) jadi enjin aku kena upgrade. Enjin betul boleh macam-macam (korek blok…tukar camsyaf dll) Kita ni dicipta tuhan seadanya…..bab makan, latihan seimbang, pemakanan tambahan…itulah aku jaga pemakanan dalam satu dua minggu ni, kalau dikaji kehebatan dalam Al-Quran ...banyak di dalamnya, mengapa kena berhenti sebelum kenyang, banyakkan berpuasa, buah tamar, madu, dll lain ada disebut dalam Al-Quran..jadi fikir-fikirkan khasiatnya.
Anyway hasilnya cukup memberangsangkan……walaupun aku hanya bawa sekadar basikal ‘oldskool’ yang amat berat dengan teknologi usang.. tapi ia membawa minat baru dalam dunia berbasikal aku……..
Kalau aku guna basikal high end…aku tak piker semua ni… tapi matlamat kali ini cukup mencabar minda dan minat aku dalam dunia basikal….SATU PERKARA DALAM MINAT BERBASIKAL.
Antara Gapi aku tempat ke 32 (sebenar dalam 25) pasal aku tak perasan kena lintas garis penamat, aku bedal berhenti siap berehat kejap sebelum dipanggil urusetia untuk melintasi garisan dan mengambil cenderahati…
Tempat ke-32 kira ok, camne ratusan orang melihat sebuah oldskool memotong di setiap penjuru bukit (aku bermula agak belakang jadi bukit aku gunakan untuk memotong) (kecuali laluan ke bukit dagu….memang bertolak).
Sehingga habis, semua setting menjadi….satu era baru berbasikal…apa jua basikal….kita yang akan berkayuh…….hidup basikal….teruskan kayuhan kita…..SETTING YOUR BIKE….