Aku cerita dari pandangan seorang pengembara, yang melihat dengan mata, dengan hati dan rasa. Tentang amalan atau ibadah, aku bukanlah orangnya…….
Sebaik sahaja kaki menjejaki bumi Madinah, aku sudah terasa bahangnya walaupun kami tiba jam 2.00 pagi (Jeddah tidak berbahang sebegini). Subuh agak awal 4.00 pagi, tanpa melelapkan mata, kami sekeluarga menuju Masjid Nabawi yang terletak hanya puluhan meter dari Hotel….Angin menderu, bahang terasa…uhh..bagaimana siangnya.
Aku agak tersentak dengan jumlah kehadiran manusia menuju ke rumah Allah, Subhanallah, berbondong-bondong menuju masuk ke masjid untuk menanti waktu solat.
Di Malaysia…jika begini, malangnya tidak begitu…..
Selesai solat subuh, berduyun pula keluar, pulang ke hotel, sambil tu melihat warga tempatan (mungkin pendatang) berniaga di persekitaran luar kawasan masjid….
Murah…murah…mari..mari…beli….beli…kasi diskaun…, alamak bahasa kita. Ya mereka amat boleh berbahasa kita. Bahasa kita mudah, orang datang Malaysia pun cepat menguasai bahasa kita, kita keluar ke tempat mereka secara berkala, memboleh mereka menguasai bahasa kita. Tapi kita Yes, No..Alright…(Dunia pendidikan kita pun kejap tegar bahasa Malaysia, kejap diselitkan bahasa Inggeris, sekarang disuruh bebrbahasa cina dan tamil) mereka…tu tak payah di suruh…mudah amat berbahasa selain bahasa ibunda.
Sarapan di Hotel Movenpick..ok…cun… (5 star hotel)…dekat pulak dengan masjid..Begitulah setiap masa 5 waktu sehari berulang-alik berjemaah dari Hotel ke Masjid selama tiga malam. Selain dari tu diselitkan ziarah dalaman Masjid Nabawi, ceramah dari Tabung Haji di dewan makan.
Shopping: Tasbih, Minyak Wangian, Pakaian, Quran atau buku-buku.
Sempat ‘walk’ di selingan masa….kalau ada basikal….uhh…hehehe (ingat juga basikal)
Ada Starbuck kat sana dan juga mekah...bukannya ianya produk Israel......aku kompius....
Kini di perkarangan Masjid Nabawi berpayung, bila kincup
tak nampak gaya menda alah tu payung gergasi...mesti mahal tu...
Teduh..tapi bahang terasa
Shaffiyah menolak Umi....
Bila waktu solat.......lelaki perempuan berasingan...
tunggu tempat yang sama..macamama sekalipun
Ishhh...ada nilai komposisi sudut jika di ambil kira dari segi pandangan
jurufoto...rasa nak kembali ke SLR...
Semasa Keluar dari waktu solat
Ah....shopping.....
kemudian berpergian ke Masjid Quba dalam 5 kilometer dari bandar Madinah..pahalanya
1 kali umrah,
Aku di sini (masjid Quba)
Masjid Quba....
menguasai sudut gambaran...
Aku di mana....berselindung di sebalik bayangan...mereka
Happy Hours at Bukit Uhud
paling rendah nak memintas anak tangga kedua...
Whateverlah Yang......
masalah...harapannya ribuan zikir dari hati dan mulut
Jabal Uhud.....
Dari puncak...
Ladang kurma....
Belum ranum......
Hampir2 boleh dipetik
Muda bergetah......
Halal.......