Jambatan Gantung...
Baju Pagoda..MY Uniform
Jika aku ditanya, Bangkok Jauh? Ya…..
Jika ditanya Bangkok besar dan hebat tak? Aku juga jawab Ya……..
Bangkok moden tak? Aku jawab Ya…..
Padat …..? Aku jawab Ya
Best….? Ya…
Jom pergi Bangkok, aku akan tanya berapa hari 3hari 2malam, pasti aku jawab TIDAK…Guna pengangkutan udara….ok.
Aku rasa tenang kat kampung 'old skool'
Itulah gambaran yang dapat aku nyatakan setelah mengharungi 6 hari 5 malam di negara Gajah Putih itu. Kalau setakat nak menikmati kotaraya Bangkok sahaja pergilah terbang…. Namun inginkan kepuasan dan kenikmatan pengembaraan….’drive’ paling best.. (naik basikal lagi best…tapi masa?????). Sekurang-kurangnya dari KL 5 hari 4 malam sudah memadai..tapi seharian kena drive 600km sehari.
Perlu diketahui…Di sana lebuhraya amat berbeza…tak macam plus highway…Ia masih dua lorong pergi dan balik….tapi ia terbuka melalui perkampungan dan kadangkala terpaksa berhenti di persimpangan. Jadi bukan 100% highway di tempat kita…Jadi 600km di sana amat memenatkan…kena cekal!
Berikut adalah ringkasan perjalanan: (Oleh kerana nak juga sampai Kanchanaburi, peruntukan 1 malam tambahan)
Yati dan seronok layan gerai kampung ke terpaksa ikut.....
Rasa minda terbuai kat kedai macam ni...ni betul2 old town beb....
Shaffiyah seronok...tapi bila dah lama dalam kereta...tension gak...
Drive...drive..drive.....sampai malam,
12.02.10: KL-Bkt Kayu Hitam (510km) Bertolak 8pm sampai 3am (tidur dalam kereta)
13.02.10: Bkt Kayu Hitam – Pracuap Khiri Khan (650km)
14:02.10: Pracuap – Bangkok (350km)
15.02.10 Bangkok
16.02.10 Bangkok - Kanchanaburi – Tha Sae (750km)
17.02.10 Tha Sae – Hatyai – Songkhla (600km)
18.02.10 Songkhla – Parit Buntar – KL (590 km)
Anak bapak...anak umi...takde pilihan....kecik-kecik dah travel banyak negara
Factory Outlet...sebijik macam kat United Kingdom...sama. Malaysia belum sampai....
PETROL – RM578 (RM138 + Bth4394-Thailand Ron95 RM3.20 per liter)
Tol Malaysia KL – Bkt Kayu Hitam – KL140 pergi balik
Tol Thailand (Bangkok aje ade tol_jambatan gantung hebat Bth45 x 6 = Bth270
Hotel – Pracuap Bth1200 (RM120), Bangkok Bth1600 x 2 malam = RM320, Tha Sae = RM68, Songkla RM55 Total = RM563
Makan sehari RM50 x 6 hari = RM300
Teksi dan Tuk-Tuk Bangkok = RM66.30
Makan besar di Songkhla RM135
Total yang wajib = 578 + 140 + 27 + 563 + 300 + 66.30 + 135 = RM1809.30 sahaja, spend lagi RM500 untuk cenderamata…kumpul sebulan RM160 je, setahun boleh pergi melancong atau mengembara…cenderamata ikut kemampuan….
Destinasi utama Bangkok, memang mengkagumkan…..Bayangkan 70km dari pusat Bangkok merupakan bandar…Ya sepanjang jalan, kalau waktu puncak, benarlah kesesakan yang terlampau..kepadatan penduduk terkini 12 juta. Kuala Lumpur baru dua juta.
Sampai masa solat...kena cari sikit Masjid..tak mudah..Kat Malaysia bersepah surau masjid, jadi.....*baju basikal beli kat Bangkok...tinggal 2 je..*
Kereta mana milik aku tak kena dera macam ni.
Wira: Bawa Ronda Semenjung
Peugeot 405: Bawa Ronda Selatan
My Latio: Nah ke Bangkok Lepasnya
Jangan aku dapat 4 x 4: Cambodia, Vietnam, Loas....kut-kut duit jatuh dari langit
Perempuan kalu shopping.......
Inilah yang aku nak dapatkan...dari KL 1710 km, paling jauh yang pernah aku sampai guna jalan darat (Kanchanaburi)
Aku tak rasa kesesakan yang teruk (sikit ketika keluar Bangkok waktu, terkena sedikit) sebab masuk Bangkok jam 7.00 malam, manakala keluar dari metropolitan Thailand itu pada waktu pagi. Kita lihat Hatyai (paling dekat dengan Malaysia) agak huru-hara, sedikit ketinggalan, ke Bangkok, ia cerita lain…Moden, besar dan hebat….
Aku melihat semula peta Malaysia dan Thailand, tersenyum kepuasan, Puas dengan pengembaraan kali ini, penat dan berbaloi. Jika setakat hendak ke Bangkok, naik aje kapal terbang, tapi yang berjiwa pengembaraan, laluan darat melihat kampung, bandar dan budaya Thailand amat menyeronokkan, semakin perlahan semakin menyeronokkan. Basikal atau motor cub…pun cun (BMW 1200 GS takut lepas ke China pulak).
Tidak mengapa jika aku tidak sampai ke Chiang Rai atau Chiang Mai, sekadar melewati beberapa buah negeri di Thailand ini sehingga menjejak kaki ke Bangkok sudah memadai…. Tetapi paling mudah bagi sesiapa ingin ke Thailand…cukup sekadar Hatyai dan melewati Songkhla…everthing Thailand is there for Malaysian….
Masalahnya sekarang ini, sambil aku meninjau-ninjau peta Thailand, aku ternampak negara Loas, Cambodia, Myanmar, Vietnam (China cukup dah kut)…..tak dapat BMW touring bikes…cubcai pun jadi…..hidup seadanya…..