Sunday, August 2, 2009

Inter State/City Ride Ogos 09

2 Ogos 2009: Jarak Kayuhan Cheras - Shah Alam (+- 40km).
Isteri dan Anak tunggu di Shah Alam dengan kereta

Kenapa 'InterState Ride' - Kayuhan ini melibatkan Perantaraan Dua Negeri,
bermula dari Selangor - Kuala Lumpur - Selangor

Kenapa 'Inter City Ride' - Kayuhan ini menghubung beberapa bandar utama, iaitu bermula dari Cheras, Petaling Jaya, Sunway, Subang Jaya dan Shah Alam.

Matlamat Kayuhan

1. Survival dan mendapatkan gambaran dalam menempuhi laluan-laluan yang besar dan sibuk (manalah tau nanti-nanti tersesat kat New York).

2. Ke Sunday Car Sale di PJ

3. Matlamat Utama adalah membawa keluarga ke Karnival Perniagaan Islam di Stadium Melawati, Shah Alam sambil zohor di Masjid Shah Alam yang cukup terkenal. (Harus ditekankan, jika ada mendengar karnival niaga melayu / islam, sokonglah walau dah tahu tak ada apa sangat, asalkan niat untuk berhabis duit membantu bangsa dan agama). Kalau bukan kita, siapa lagi...jangan asyik merusuh je....




Mencari idea, bagaimana nak menggunakan laluan sibuk,
biar jauh atau bodoh, tapi tahap keselamatan terjamin


Kalau naik kereta atau motor, aku tak terlintas tengok ni,
dengan berkayuh, bau sungai ini menusuk hidung,
betapa bodoh manusia ini, sedangkan Tuhan memberi kita aliran sungai yang sangat indah pada mulanya...

Pintu Gerbang yang memisahkan antara KL /Selangor.
Laluan motor sah digunakan basikal


Tengok Sunday Car Sale..cari my dream car...hehehe
Datsun Wagon je...


Sempat singgah di Mentari Courts, Sunway.


Subang Parade.......


Dah Sampai Shah Alam, tak jauh seperti digambarkan, pasni boleh lenjan sampai Klang..
balik pack basikal naik komuter... emmmmm



Karnival Perniagaan Islam, macam biasa, sambutan kurang menggalakkan, itu yang aku sedih. Lepas ni, jom beramai-ramai ke karnival seperti ini, pastikan beberapa barangan di bawa pulang
sekurang-kurangnya ia dapat membantu ekonomi agama dan bangsa kita.

Tidak bermula dari satu langkah...ke mana pun tak sampai, ayuh
mulakan langkah kita bukan mereka......