Wednesday, December 23, 2009

Taman Melati - Genting Sempah

19 Disember 2009

Kayuhan Taman Melati - Genting Sempah (terlebih hingga hampir mencecah Gohtong Jaya)

Masa: 7.30 am hingga 10.30 am

Jarak: 28km (90% mendaki)

Peserta: Aku dan Amat

Eli dengan basikal My Steel + bagasi = total bikes weight 22kg, training untuk light touring pakej mendaki bukit melebihi 20km

Amat dengan Fuji weight 12.5 kg


Kereta My Latio parking di Taman Melati, kemudian Yati yang menumpang Nurin akan mengambil My Latio bawa ke Genting Sempah sempah hari keluarga di Awana Resort.

Kemanisan dalam hidup, bila dapat menghirup kopi atau teh di warung kampung
yang benar2 kampung.


Amat mencuba nasib perjalanan ala touring merempuh 90% mendaki bukit



Hidup ini damai dan tenang...kalau itu yang kita pilih...


Udara yang menyegarkan sepanjang jalan



Amat ada keinginan untuk terus mendaki walaupun dah sampai target ke Genting Sempah


Aku...sengaja tambah bagasi 8 kg...nanti mana tau nak rentas banjaran Alps...Switzerland- Austria (dua negara yang terpisah dengan gunung2)... dengan penh muatan basikal touring 30kg...larat ke aku...tapi Taman Melati - Genting Sempah dengan jumlah basikal berat 23 kg...absolutly no hal....



Amat dah surender....aku yakin boleh sampai puncak.....


Dah Berkabus....menghampiri Gohtong Jaya




Rasai kenikmatan secara penuh kepuasan...dengan kereta
anda tidak dapat rasa....



Akhirnya turun balik.....
Jumpa isteri masing-masing di RnR Genting Sempah


Friday, December 11, 2009

cuti-cuti 'walk'



My Latio...3 bulan dah cecah 10,000km...belum masuk Bangkok lagi...

Terbang


29.12.09 Rumah Kg. Kedah-Simpang Empat - Pusat Bandar -Kg. Kedah (+- 10km)
30.12.09 Brinchang - Kea Farm - Brinchang (+- 9 km)
6.12.09 Apartment The Embassy - JB Town... (+- 8 km)


Semasa menghadiri konsert Opick November 09


Begini ia bermula


Asyik dengan keindahan bendang


Parit yang menyalurkan air ke sawah


Pagi-pagi dah walk, matahari baru


Ini dia Padi......yang akhir ke dalam perut



Peace for Kampung Stlye



Walk penuh damai


Jangan buka empangan tu, kacau nanti
Cameron Highland


Cameron Tea Time...tapi minum kopi..apalah Yang..



Bertongkat...kasi ajar jalan jauh..melancong dan mengembara
jauh beza...

Sayur.............

Lap tengok.....




Which You Want



Shopping.....


Ladang Teh.....




Dua pekerja sedang berposing....kerja2


Strawbery farm....


Wahhhhh.SubhanaAllah






Umor 45 baru cerita,

Posing maut....

Thursday, December 3, 2009

YANG ITU YANG INI...

MY STEEL

MY MERIDA


AKU ADA DUA BASIKAL……..


Simbolik daripada dua basikal yang ‘aku’ masih setia dan ‘mereka’ yang masih memberi feel pada tuannya…., masih belum boleh untuk setia pada yang satu….jadi inilah dia…..


YANG LAMA (oldskool) / YANG BARU (updated)

YANG BERAT (15.5kg beb) / YANG RINGAN (9.5kg beb)

YANG LASAK (mana pun boleh) / YANG MANJA (sentiasa berkilat, masuk hutan jauh sekali)

YANG HODOH (pakai karier belakang tu) / YANG SMART (barang xtr beb)

YANG UNIK (tak ramai setting) YANG BIASA (asal ada duit lebih)

YANG DEPAN LEMBUT (pakai fork), YANG DEPAN KERAS (rigid fork)

YANG SELESA (saddle empuk berat) YANG KERAS (saddle span nipis, ringan)

YANG MURAH (kononnya…) YANG MAHAL (tapi tak cukup mahal lagi)

YANG CARCA MERBA (kita ada kuasa menetapkan apa yang kita nak pakai), YANG TEGAS (basikal ni punya barangan terpilih),

YANG…YANG…YANG…YANG tapi dua-dua aku saYANG, bini aku pun aku panggil YANG….hehehhehhe sajee aku nulis ni……

Tuesday, November 24, 2009

JUST WALK 2

‘JUST WALK 2’

Siri sambungan artikel ‘Just Walk’

Setelah beberapa siri pengembaraan berjalan kaki di Kotaraya Kuala Lumpur, penerangan secara ringkas dan padat:

Berikut adalah pada padangan mata aku, mungkin ada benar atau salahnya, (aku hanya hamba Allah yang serba kekurangan). Dengan kekuatan Yang Maha Kuasa berikan, aku terus berjalan……

Aku mula berjalan……., apa nak dikata! apabila kawasan Masjid India menjadi ‘lubuk emas’ bagi para peniaga dari India. Lihat Euro Moda, Gulatis, Jakel, Mydin, nah tersergam gah di persada kawasan shopping ‘orang kita’. Cuba fahami wang orang kita akan mengalir ke mana? Orang kita ada berniaga di situ, di Wisma Yakin….bandingkan kedai ‘orang kita’ dengan mereka…..kita tewas, sedangkan Malaysia asalnya ‘Tanah Melayu’

Aku berjalan lagi……,‘
orang kita’ tak henti2 bershopping, kawasan kita Sogo dan Kompleks Pertama, Campbell, kena pulak masa cuti, padat memang padat….Kat pertama, rata-rata para peniaga 99% adalah bukan bangsa kita, sekali lagi fahami maksudnya ‘ke mana wang orang kita mengalir….? Berapa puluhan tahun sedemikian, betapa kukuh ekonomi ‘mereka’, betapa rapuh ‘kita’

Ya memang betul…, walaupun begitu kemas menjaga pengaliran keluar wang kita…kita tetap akan terpaksa untuk membeli dari mereka…(kerana mana mungkin orang kita berniaga).

Aku berjalan lagi……, terpampang Menara Berkembar Petronas di hadapan mata lambang atau simbolik kehebatan Malaysia. Para pelancong tak putus-putus bergambar sakan…apa kurangnya kita. Mereka berasa kagum dengan orang-orang Malaysia (melayu).Ya kita hebat….., aku berjalan lagi…masuk ke dalamnya (Suria KLCC), ya ada banyak butik…Dunhill antara nama masyhur, aku tak masuk, cukup sekadar perhati…(siapa aku…..hanya sebagai bekas penghisap rokok Dunhill), apakah kita setaraf untuk itu….(mungkin ada) tapi binaan ekonomi mereka berbanding kita dah jauh bezanya. Ramai ‘orang kita’ tak termampu….. Kemampuan kita terbatas atau terbantut,
Jadi fahami maksudnya…..Dari luar nampak gah…tapi di dalam kita tertewas.

Aku berjalan lagi……., menghayati taman sekitar KLCC, begitu ramai bukan ‘orang sini’, kebanyakan ‘orang luar’ seakan kawasan ini telah tertawan….Aku pandang lagi menara berkembar itu…, tanpa ‘orang luar’ mungkin tak berdiri bangunan-bangunan yang bercakaran ke langit. Apa nak aku kata…?. Jadi fahami maksudnya….di mana ‘orang kita’ menyebabkan ‘orang luar’ terpaksa dipanggil berbondong-bondong tiba….

Aku berjalan lagi…….., masih melewati keindahan taman KLCC, wah ‘orang kita’ memang bersifat penyanyang…., muda-mudi ramai berpeleseran, bercumbu-cumbuan dah semakin terang…., dengan fesyen pakaian dan rambut terkini, mereka bangga bersiaran bersama pasangan masing-masing. Tidak seperti aku yang selekeh dengan ketayap hijau di kepala…..no class

Aku berhenti berjalan, teringat kembali apa yang aku lihat semasa di Jalan TAR tadi, sebuah pub karaoke yang letaknya tepi jalan besar itu…, waktunya masih benderang sekitar jam 3.00 petang, puluhan ‘orang kita’ yang aku fikir masih di bangku sekolah, penuh membanjiri sebuah café ala pub itu….dengan riak mesra sesama mereka lelaki dan perempuan, dengan banner air setan yang terpampang di luar café itu….aku tak patut buruk sangka….tapi cuba fahaminya (kita menjadi katak di bawah tempurung, jika kita tidak sedar apa dah jadi ‘budak-budak kita’)

Aku berjalan lagi……,
dari KLCC menuju ke Kovensyen Centre, sempat menghadiri taklimat ringkas tentang pelaburan hartanah….., aku wakil ‘orang kita’ selainnya mereka…(aku seorang beb) Betullah mereka dah kukuh, simpan....kira-kira dah cukup, jadi laburlah, pelbagai jenis pelaburan yang akan mengembangkan empayar mereka…. ‘Orang kita’ pantang dengan hal investmen’, tapi berminat yang segera….Betapa ramai ‘orang kita’ dengan ‘skim cepat kayanya’. Pengajaran demi pengajaran dah ditonjolkan, tapi kita tetap nak cepat kaya…

Tak perlu berjalan jauh…, kaitkan dengan hartanah, statistik pemilikan hartanah kita dengan mereka. Yakinlah dengan fakta, bahawa harta tanah kita semakin hilang….tanah kita dijual untuk membina pembangunan yang akhirnya dibeli ‘mereka’…Tapi dah kira baik, Tanah Melayu kini bergelar Malaysia…. Mana mungkin sebuah negara bernama ‘Tanah Melayu’ dengan apa yang sedang berlaku kini…..

Aku berjalan lagi……, menuju ke Bukit Bintang…Wuhhh memang hebat.., ramai kagum dengannya, semakin lama, jalan ini nampak semakin moden dan terus menjadi tumpuan ramai….Di sinilah nadi utama Kuala Lumpur. Simpang empat di bukit bintang itu cukup sibuk, sibuk dengan kereta, motosikal, monorail, malahan ribuan manusia bergerak ke sana ke mari sibuk membeli-belah. Pavilion, Starhill, Lot 10, Bukit Bintang Plaza, Low Yat, Sungei Wang…semua itu lubuk wang…..setiap saat, mungkin jutaan wang mengalir masuk keluar dari ratusan ribu pengunjung di situ….., bayangkan pendapatan ‘mereka’, orang kita masih menagih gaji dari ‘mereka’. Banyak kalanya, mereka tiada, apa kita akan ada……

Aku terus berjalan di sepanjang jalan Bukit Bintang dan menyusup masuk ke sebuah lorong di belakang….mencari entah apa…! Sebenarnya aku sedang mencari jendela-jendela klasik untuk dirakam dalam kamera aku. Ahhhh masih ada…., mereka itu masih ada…ku sangkakan sudah bersih kawasan ini, mereka melemparkan senyuman manis dari jendela klasik itu. Mereka cuba memikat si jantan yang lalu lalang.

Aku berjalan lagi…., rupanya Pak Arab mula, menyusup masuk, menjalankan pelbagai perniagaan makanan dan kedai runcit…, mungkin mereka seislam dengan kita, namun aku terpikir, walaupun tidak terletak di laluan utama, tapi mereka boleh hidup, sewanya tetap bukan murah, manakala pasaran mereka agak terhad…..

Aku berhenti berjalan….., minum di sebuah kedai kopi Arab, sambil menghirup kopi, aku terfikir….! Mengapa ‘orang kita' tak mampu lakukan ini….? Sedangkan kita memang ramai, Malaysia ini kita punya… . Sebenarnya pasaran mereka dibantu sesama mereka sendiri juga. Mereka tetap akan hidup walau hanya sebilangan, mereka bekerja merata-rata ceruk kotaraya, makan gaji kecil atau besar atau sebagai seorang peniaga, kemudian mereka belanja di pasaran mereka sendiri di lorong-lorong belakang yang akhirnya melebarkan empayar mereka. Syabas…mereka telah menjumpai emas ‘orang kita’.

Bermakna mereka cukup bersatu untuk memantap ekonomi mereka di perantauan,
Lihat sahaja Chowkit…betapa banyak gerai-gerai ‘Orang Kita’ telah bertukar tangan ke ‘orang seberang’. Mengapa lemahnya kita…. Cuba fahami ekonomi India Muslim melalui sektor restoran atau pemakanan. Apa tidaknya…’Orang kita’ memang gemar teh tarik dan roti canai mereka….sedap. Bukan tak nak pergi kedai ‘Orang kita’ tapi tak ramai atau tidak ada orang kita berniaga.

Apa jadi Melayu di perantauan…? Apakah kita mampu membina empayar kawasan melayu di London, Paris, Beijing, New York, Jeddah, Jepun…….

Aku berjalan lagi…., meredah Pudu Raya menuju ke Jalan Petaling. Berhampiran Puduraya ada sebuah dataran kecil terletak betul-betul di tepi jalan, aku terlihat sesuatu yang selama ini ‘terlepas pandang’. Kawasan itu menjadi tempat berkumpul bagi mereka yang tidak mempunyai rumah….mereka berkumpul bersama-sama, bercerita entah apa…… Aku dapat lihat keadaan kusut masai mereka bersama beg masing-masing yang dalamnya entah apa…..Kulihat kotak-kotak yang dileperkan berlipat-lipat di belakang sebuah papantanda yang menjadi tilam rasmi mereka di malam hari.

Ada yang ketawa seronok bersama rakan, ada yang duduk menung memikirkan entah apa…., Apa benar mereka dahulunya di kalangan orang berada, mengecapi keindahan hidup sempurna bertemankan anak isteri di dalam mahligai kecil mahupun besar. Apa mungkin sesuatu berlaku, yang akhirnya mereka diusir, diusir dari hidup mereka sendiri yang akhirnya terpaksa merempat, sedangkan ‘orang luar’ bermandi wang ringgit Malayisa….

Aku berhenti berjalan….ingin terus menyulami kehidupan mereka, melihat latah mereka, apakah suatu masa nanti orang kita diusir, apa benar itu boleh berlaku…..ohhh begitu takut apabila persoalan itu bermain-main di benak fikiran. Mana mungkin….Tanah Melayu, milik kita, mereka semua menumpang….., menumpang kemewahan kita.

Apa bagusnya ‘orang kita’….memang suka berkongsi yang akhirnya ‘mereka’ pula berkuasa….kalau kita berpecah-belah, mereka bersatu-padu….yang akhirnya…takut-takut nanti kita diusir, diusir dari mengecapi kemewahan dan kedamaian hidup di tempat sendiri. Apakah itu sedang berlaku……

Aku berjalan lagi….., sehingga ke Jalan Petaling, ini benar-benar tempat mereka, tapi ‘orang kita’ tetap suka bertandang. Sekitar ibukota Malaysia, ke mana ‘orang kita’ nak tunjuk ‘tempat kita’. Jika Batu Caves, Masjid India, Lebuh Ampang akan merujuk kepada satu kaum, Bukit Bintang, Jalan Petaling, Pudu memang melambang satu bangsa lagi.

Aku berjalan lagi…..berjalan sepanjang Jalan Petaling yang menjadi syurga membeli-belah tanpa bumbung menawarkan warna-warni pelbagai produk jenama dengan harga jauh lebih murah berbanding produk asalnya. Ramai pelancong terpesona dengan harga yang ditawarkan termasuklah ‘kita’. Tidak rasa tertipu membeli sebuah produk yang disalin sempurna menyerupai produk asal kerana kita membeli dengan harga yang murah. Jadi bila ingat Petaling Street, secara langsung akan dikaitkan dengan perkara sebegini…


Aku berjalan lagi……., perkara inilah yang membangkitkan aku untuk menulis, mencurahkan pandangan mata yang melihat…. Selama ini bukan tidak nampak tapi melihat. Ya melihat sahaja….biarlah, apa untung, apa rugi..aku tetap aku, kamu tetap kamu, mereka tetap mereka.

Tapi ini berbeza…mungkin suatu masa nanti mereka akan jadi kita…kita akan ke mana? Pada hujung minggu suasana di sekitar plaza Kotaraya akan dibanjiri warga asing, warga Myanmar, Vietnam, Bangladesh, Nepal dan lagi dan lagi…. Hilang terus warga Malaysia. Bila-bila lagi cuti umum…Pehhh, aku seperti bukan lagi berjalan di negara sendiri… Mata yang melihat, tulisan-tulisan di papantanda seakan bertukar, daripada faham huruf A, B, C ….. seakan bertukar kepada perkataan yang aku sendiri tidak fahami.

Aku dahaga dan lapar, setelah melihat sebuah restoran dengan masakan yang agak unik…ramai warga-warga asing menikmati hidangan di restoran itu. Baru aku sedar, rupanya restoran ini adalah milik warga Myanmar…tapi apa nak di kata, masakannya agak ringkas tapi menyelerakan…

Aku berjalan setapak demi setapak, seluruh barisan itu telah di kuasai oleh warga asing, daripada restoran, kedai runcit hingga kedai barangan pakaian dan elekrtik adalah menjadi milik warga ‘mereka’. Mereka sudah mampu berniaga dengan baik dan cemerlang….di lokasi strategik yang sudah tentu kadar sewanya amat mahal, tapi mereka sudah bertapak, mereka sudah bertapak, sudah bertapak dan bertapak. Ekonomi mereka makin kukuh. Mereka bekerjasama sesama sendiri, apa mereka takut lagi…pasaran mereka amat dan semakin luas, berapa juta bangsa mereka berada di tanah kita.

Sekurang-kurangnya, setiap minggu warga mereka berkumpul, membeli-belah sesama mereka di tempat mereka. Wang gaji dari ‘orang kita’ dan mereka berhabisan di tempat ‘mereka’. Oleh kerana peniaga mereka tahu, pasaran mereka memang hidup, jadi jualan amat murah kepada bangsa mereka sendiri. Maka sudah tenturamai pekerja asing itu akan membeli-belah di sini….

Jadi mana-mana warga asing yang mencari batu di tempat kita, pasti ramai di antaranya menjumpai emas, dan sebilangan mereka akan menjumpai batu berlian yang kilau-kemilau.

Mana tidak…kita begitu leka yang sedang memegang emas berlian, akhirnya terlepas….jatuh terselit dicelah-celah batu. Kita tidak mahu mengotorkan tangan mencari kembali berlian itu kembali. Tidak bagi mereka…mereka tidak hirau, hujan, panas atau apa sahaja rintangan, perjuangan hidup akan diteruskan….

Semasa mereka mula-mula bertandang ke sini mencari sesuap nasi, kita pandang rendah pada mereka. Kita percaya mereka satu bangsa yang lemah, kita berlagak sebagai tuan tanah…., mereka tidak memerlukan masa yang amat panjang untuk berada di kemuncak…hanya sedikit masa, mereka sudah mampu menguasai, menguasai sebuah ekonomi, walaupun empayar mereka masih kecil, tetapi berbanding orang kita….kita sudah kalah.

Mana mungkin melihat kawasan orang kita di lokasi yang penting di jalan utama, SEMUANYA, di ceruk-ceruk atau lorong-lorong belakang…..

Mereka amat minoriti, kita majoriti…, mereka amat mendadak untuk menguasai…kita yang semakin kehilangan…hilang beransur-ansur Pelbagai yang kita hilang…, manakala yang hilang itu diganti dengan corak luaran yang disalin entah dari mana membuatkan ‘orang kita’ semakin binasa…

Nun jauh dari tempat berdiri, kelihatan Jalur Gemilang gah berkibar di sebuah tiang bendera tertinggi di dunia….

Aku berjalan lagi….berjalan menuju ke Jalur Gemilang gergasi itu yang letaknya di Dataran Merdeka. Seatu mercu tanda negara yang merdeka… Aku menghayati kibaran Jalur Gemilang yang begitu megah berkibar.

Aku bediri tegak, mendongak merasa megah melihat bendera kita terus berkibar, namun semakin lama semakin lemah kibarannya…..sehingga apabila alam berhenti menghembus sang bayu….bendera kita terus longlai dan kemudian berhenti kibarnya.

Syahdu mata melihat……aku seperti ingin terus berdiri…menanti kembalinya sang bayu kembali mengibarkan jalur gemilang yang melambangkan bangkitnya bangsa kita……

Aku terus kaku di situ….menanti hembusan angina yang akan megibarkan kembali jalur gemilang itu….

Aku tak mahu berjalan lagi
, semakin jauh perjalanan, aku semakin melihat dan terus berfikir dengan persoalan-persoalan yang hanya mematah semangat aku sebagai ‘orang kita’……

*1 Namun, aku semakin rasa tidak sesukar mana untuk menjawab persoalan tersebut…! Jawapannya……SEBAB KITA MELAYU. (apakah suatu masa nanti kita tidak mempunyai alasan yang kukuh lagi untuk mempertahankan bangsa kita, yang akhirnya kita terpaksa atau memang mengakui kelemahan bangsa sendiri, ayuh kita gerakkan satu langkah, anak, cucu, cicit kita akan menyusuli untuk ribuan langkah seterusnya).


*2 Sebetulnya…Aku tak perlu jalan jauh lagi untuk terus mencari persoalan-persoalan itu kerana aku sendiri gagal….kerana ‘AKU PUN MELAYU’……(apakah akhirnya menyalahi diri kita kerana kita berbangsa melayu, kita tak salah, tapi melayu yang salah, kalau kita menjadi bangsa lain, kita tidak begini…..apakah kita mahu suatu hari kita berkata begitu).

Jadi, marilah bersama kembali bertatih dan berjalan…usah berlari takut nanti tersungkur, tersembam…baik kita mulakan secara kemas biarpun perlahan, biarpun kita tidak sampai ke destinasi, sekurangnya anak cucu kita meraihnya……

Saturday, October 24, 2009

'JUST WALK'


JUST WALK...


Berikut adalah aktiviti kali ke-4 untuk tahun ini. Atas permintaan anak aku yang ingin melihat dirinya dalam blog, aktiviti pada kali ini akan direncanakan serba ringkas dan padat..


ini bermula secara solo, hujung tahun 2008, mengelilingi kotaraya KL hanya dengan berjalan kaki. Meletak motosikal di Masjid Negara-Dataran Merdeka-Pertama Kompleks-Chowkit-Kg. Baru-Klcc-Bkt Bintang-Petaling Street-Central Market-Dataran-Masjid Negara merangkumi perjalanan sejauh 15km selama empat jam.


Mendapati aktiviti sebegini memberi beberapa pengajaran yang menarik, aku turut mengajak anak perempuanku untuk turut serta. Bermula pada awal tahun 2009 melibat perjalanan LRT dari Miharja ke Stesen Sogo, berjalan kaki di sepanjang jalan TAR sebelum menaiki tren semula di Masjid Jamek ke Miharja semula.


Perjalanan kedua turut serta isteri tersayang mengulangi cara perjalalanan yang sama. Perjalanan ketiga bermula dari stesen Sogo, berjalan kaki ke KLCC dan sempat singgah di tanah perkuburan jalan ampang, bersama sedekah al-fatihah yang akhirnya kita juga kesana... dari KLCC melalui Pavillion ke Bukit Bintang dan terus ke Stesen Hang Tuah menuju ke stesen Miharja Cheras.



AKU..........



AKTIVITI RELEASE TENSION


APA NI ABAH......? DIA LEBIH MENGENALI E-MAIL



MY FIVE STAR COFFEE HOUSE @ lorong belakang Masjid India




SHAFFIYAH @ Petaling Street



Sebenarnya matlamat utama, selain dapat bersenam secara senyap, aktiviti berjalan kaki di beberapa tempat terpilih sekitar kotaraya memberi pengalaman yang berbeza dari sebelum ini, gunakan sudut pandangan yang berbeza, anda dapat lihat yang tersirat.......

24 Okt 2009;

Setelah didesak beberapa kali oleh anak untuk kembali mengeksplorasi Kotaraya KL, akhir sebagai hadiah hari ulang tahunnya yang ke-6, aku menyahut desakan itu. Selepas beberapa siri aktiviti 'jalan kaki', anakku begitu menggemarinya....terasa KL ini kecil sebenarnya...ke mana lagi..

Aku memberitahunya....kali ini kita berjalan dengan kaki tetapi melihat dengan hati.....
kronologi perjalanan:
17:30 Gerak dari rumah
18:00 Stesen LRT taman Miharja
18:20 Stesen LRT Plaza Rakyat (pudu raya)
18:30 Stesen Puduraya
19:00 Kompleks Kotaraya
19:20 Petaling Street
19:30 Central Market + Solat
20:10 Dataran Merdeka
20:30 Jalan Tar solat isyak di Masjid India
20:45 Rehat di gerai India Muslim (gerai meja panjang) Klasik Style
21:00 Stesen Underground (x ingat nama stesen)
(Komute dari masjid india ke Stesen Masjid Jamek)
Stesen Masjid Jamek ke Stesen Miharja Cheras
Sampai rumah jam 9.45, wah..puas hati Shaffiyah....tanya dia apa yang dia dapat, selain keluar peluh...." Macam-macam....... What you see what you get.... Betullah apa yang kita lihat melalui mata itulah yang kita nampak, tapi apa yang kita rasa jauh dari sudut hati mungkin banyak bezanya...yelah Macam Pas dengan UMNO,
Apa yang aku dapat melalui aktiviti berjalan kaki atau berbasikal di kotaraya KL ini telah mengembalikan minat terhadap penulisan setelah sekian lama ditinggalkan.
Ahhhh!!! Aku kena buka satu topik lain pulak untuk menjiwai penulisan 'JUST WALK', apa yang ada jauh sanubariku harus disampaikan secara lebih teratur dan lebih bersifat ilmiah.
Melayu apa dah jadi......, Kita tersangat leka.... Benarlah kata mantan PM kita "MELAYU MUDAH LUPA" lebih sepuluh kali disebut dalam sajaknya...
Kesinambungan "Apa yang anda lihat, apa yang anda dapat" adalah 'siapa kita, SIAPA KITA, yang akan menentukan bagaimana kita lihat sesuatu..."
salam...bersambung di lain helaian "InsyaAllah"

Friday, September 25, 2009

Kg. Awah - Maran - Kg. Awah

Berkayuh menikmati hari...kita melihat pelbagai...kadangnya kita mula berfikir..pelbagai perkara pada diri dan masyarakat...adakalanya kita 'terlepas pandang'
Destinasi: Semantan - Kg. Awah (Junjung basikal dengan 'MYlatio')

Kg. Awah - Maran -Kg. Awah dengan 'MY steel'

Tarikh kayuhan: 24 Sept. 2009

Masa: 7.30am hingga 12.30pm

Jarak Kayuhan: 74km

Matlamat Kayuhan: 'Release' lemang, ketupat, rendang, koles..koles...koles...



Laluan '2" mengunjur dari KL ke Kuantan, manakala '3' dari JB ke KB, perasan tak papantanda tu ada dua bahagian...maksudnya adalah dalam laluan sama, manakala kumpulan di bawah menunjukkan bandar2 utama dipersimpangan lain...Di Malaysia sistem nombor tak meluas..tapi kalu kat Eropah...kita sangat mengharapkan sistem itu sebenar2nya.

Dulu mungkin hutan tebal...tapi kini hanya tingal batang-bantang mati yang masih tercacak...



'Kenderaan berat ikut kiri...bagi penunggang basikal macam kita
membuat kita tersenyum sendirian'



Aduhhh...jauh jugak perjalanan aku ni...rasa macam nak kantoi...baru perasan tayar off road.."

Pondok begini begitu boleh buat kita terlelap ketika kulit terbakar di terik matahari...



Di Hutan Simpan...




Aku yakin..ramai yang terlepas pandang pemandangan ini...
dengan basikal..anda dapat menikmati sepuasnya....




Perjalanan berpatah balik....cukup melunturkan semangatnya...



Maran....


Mylatio......(My new toys)
Kita semua banyak 'terlepas pandang'...berkayuh menikmati hari...kita melihat pelbagai...kadangnya kita mula terfikir..pelbagai perkara pada diri dan masyarakat...semakin banyak yang kita 'terlepas pandang'



Saturday, September 12, 2009

'my steel'

'my steel' - love the art of steel

"If your absolute 1st priority is building as light a bike as possible, you won't choose steel. If you want a very light bike that performs and rides to the highest quality standard, you will love a steel frame." kata salah seorang pecinta BESI



Berakhirnya episod Giant NRS kesayanganku pada Ogos 09 yang lalu, tidak membayangkan berapa ribuan ringgit dihabiskan untuk membina jentera itu tetapi berapa banyak pengalaman hidup bersama telah dihabiskan bersamanya...

Namun begitu, setelah mencuba setting sebuah basikal touring dengan penggunaan komponen-komponen lama, tenyata ia memberi kepuasan baru dalam diri sehingga menundukkan kepuasan basikal-basikal moden.

Disebabkan itu, aku menjual antara basikal kesayanganku NRS. Lagipun aku memang tidak menggemari menyimpan koleksi basikal yang banyak (disebabkan oleh tak boleh lihat salah satu basikal terabai) bayangkan aku ada empat basikal, empat2 aku kena maintainance, faktor masa yang terhad......

Jadi beralih arah untuk setting semula Merida untuk dijadikan basikal utama. Maka hasil jualan NRS itu akan digunakan untuk menaiktaraf beberapa komponen Merida HFS Seven. Setelah dicongak untuk menyamai penggunaan komponen XTR maka ia merupakan satu pelaburan yang terlalu besar.

Setelah mengkaji matlamat penggunaan basikal dan prinsip baru yang wujud dalam diri 'semakin ringan basikal...semakin jauh kilometer diperlukan untuk membakar jumlah kalori yang dibakar, maka semakin banyak masa diperuntukkan' sedangkan buat masa ini aku tiada masalah dengan penggunaan tenaga 'diri'. Maka aku memutuskan untuk melabur wang tersebut ke dalam instrument unit amanah yang lebih terjamin.

Atas prinsip baru itu aku mula sedar....BESI......yang selama ini aku memandang rendah padanya...kini aku semakin tertarik....dari segi praktikal dan teori (mencari maklumat..satu aktiviti pencarian ilmu dunia yang positif).
Jadi minat terhadap jentera dua roda ini semakin lama semakin luntur itu telah diubat kembali dengan kehadiran meminati jentera BESI. (lagipun memang aku minat barang-barang lama)
Pantang jumpa 'bandar lama' pasti aku merayap meneliti susun atur kedai, barangan2 lama, kalu jumpa restoran lama yang halal dan bersih, perut kenyang jadi lapar.... Kereta pun minat Datsun Wagon..Motor RXS.....kamera Leica......jadi tak pelik kalau aku jatuh cinta dengan basikal besi.
Untuk bersaing dengan MTBikers, tidak mungkin aku pakai basikal tua....
Maka wujudlah basikal kesayangan yang merupakan basikal utama aku.....
'my steel'


*imej akan diupload setelah basikal diuji...(sekarang ramadhan belum ada masa....)