Saturday, February 20, 2010

Thailand Ride 2010

Thailand Ride 2010

Secara keseluruhan sepanjang pengembaraan ke Thailand bersama MYLatio & MYSteel, sebanyak 4 ride telah dilakukan...lebih kurang 110km sahaja

1. Morning Ride di Pracuap Khiri Khan (bahagian paling sempit negara Thailand, sempadan bersama negara Myanmar).
2. Bangkok Urban Ride (15 Februari)
3. Songkhala Nite Ride (18 Ferbruari 2010)
4. Crossing Sea Ride Songkhala (19 Februari) Kayuhan merentas laut dengan feri dan jambatan


14 Februari 2010 (Pracuap Khiri Khan 600km dari sempadan Bukit Kayu Hitam)

-mengunjur sepanjang pantai
-bandar nelayan dan pelancongan
-pemandangan bukit dan pantai yang memukau
-jauh kayuhan hanya 35km sahaja (resort - bandar pracuap - resort) pergi ikut tepi pantai, balik ikut jalan utama.
- perasmian saddle Brooks


Pemandangan dari Resort Baan Forty

Thanks to Garmin GPS walau jauh dari jalan utama, kami dapat menikmati resort yang cantik


Hadapan resort


My Steel atas My Latio beribu koli meter (penggunaan rak tanpa tayar depan lebih praktikal...bayangkan beribu km dalam perjalanan, perjalanan dalam kampung banyak dahan pokok)



Di Jeti Nelayan Pracuap...pukat tunda, pertama kali melihat...patut nelayan thailand lebih maju...sekali hanyut pukat beratus meter...


Tak sempat bermanda.......



Baan Forty Resort...1200 bath (RM120) bungalow..

Bila pencen...rumah sekadar selesa, kereta oldskool dan basikal besi...ok dah...!



Data GPS Thailand...betul2 complete...jalan macam ni pun ada rekod...perjalanan pulang dari jalan besar redah offroad (shortcut)



Perjalanan Pulangan dari bandar Pracuap ke Resort...Pergi ikut tepi pantai



Jeti Nelayan...


Aku gelarkan...Negara Thai....mereka hidup pandai2, pandai2lah mereka nak hidup menghasilkan kreativiti yang amat menakjubkan...(di lain helaian aku ceritakan hal ni)


Mana-mana bandar di Thailand...pasar basah pasti sibuk...



Di tengah bandar Pracuap




Aku ternampak rel keretapi...ehh landasan kereta kita terus mengunjur ke China beb....
jom.....


Candi...mana2 pun ada



Bangun 6.30 pagi waktu Malaysia, Thailand baru jam 5.30 pagi
tu yang betul2 morning ride



Ride.ride...drive...drive...


Dua kali.....


Jeti Nelayan


Tanjung Pracuap



Mengasyikkan










Tingkap










Pondok lama










Solo lagi....










Morning at Pracuap










Pagi2 dah layan ride..basikal oh basikal

Wednesday, February 10, 2010

PREVIEW: KL - KANCHANABURI – BANGKOK – SURATHANI – KL

12.2.10: KL – Bkt. Kayu Hitam (Nite Drive to border & tidur dalam kereta)

13.2.10: Bkt Kayu Hitam – Kanchanaburi (800km) Pemanduan yang panjang sambil menikmati pemandangan. No rush…..relax and easy

14.2.10 Kanchanaburi (Landasan Keretapi Maut) – Bangkok (200km) Cari Floating Market, Dusun Buah dan Bandar Nelayan

15.2.10 Bangkok (Urban Ride) cari kedai basikal, ronda kotaraya 9 juta penduduk, Nite Ride…..hehehe

16.2.10 Bangkok – Surathani (Shopping dan pantai laut)

17.2.10 Surathani – Hatyai – Malaysia

Semua tertakluk pada pindaan…..

Persediaan Dokumen:

1. Passport
2. Geran asal
3. Permit Memandu Antarabangsa
4. Insuran Kemalangan Worldwide Coverage (dapatkan di AAM)
5. Auto Assist (AA) Worldwide Coverage (dapatkan di AAM)
6. Sekurang-kurangnya insuran Thirdparty…(dapatkan dikedai-kedai kat sempadan Thailand).


Aku dah lupa proses perlepasan kastam….tanyalah sama ada basikal kena declare ataupun tak…proses perlepasan kastam Thailand pun aku dah lupa…nanti aku balik, aku akan lengkapkan sebagai satu panduan untuk mengembara atau memandu di Thailand.




Matlamat Sepuluh:

1. Test Drive My Latio….
2. Family Holiday
3. See The World
4. Basikal…basikal..basikal..kayuh..kayuh…kayuh…kat Bangkok
5. Melihat Dusun atau pertanian mereka dengan mata, kepala sendiri
6. Pi tengok tingkap dan pintu antik (fotography collection)
7. Floating Market.
8. Landasan Keretapi Maut
9. Mengantikan misi kayuhan Timuran Sabah
10. Misi SMOF2World









Bangkok (bandaraya jem...so kayuh le...)
Mudah2an segala berjalan seperti yang dirancang.....






Tuesday, February 2, 2010

perihal januari dan hari wilayah

Hari Wilayah: 1 Feb 2010
Kayuhan Santai KL 12 kilometer
Semakin ramai new comer.....

Melepak tengah jalan......


Yang ni...x abis-abis pam tayar.....tiap kali ride, pam pinjam hehehe



Sebelum memulakan ride....



Semakin meriah Pian, Edi & the gang



31 January 2010
Exploration Bendang...
15 km je
Simpang Tiga ke Simpang Lima, Parit Buntar....

Redah.....


Terusan yang mengalir lesu...


Biarpun jauh beza usia...basikal tetap basikal



Oasis di tengah bendang....,(kelompok pokok kelapa yang terdapat satu dua rumah), TANAH subur......Dari mana asal kita....?


Macam kat Holland pulak.....



My Steel lebih bergaya untuk ini



Panas terik....kita hanya tahu makan nasi.......




The Road Flat Straight...but not surface...