Sunday, August 9, 2009

SETTING YOUR BIKES

SETTING YOUR BIKES
TIADA PILIHAN: aku kali ni, basikal off road dah jual….basikal Merida tak setting offroad lagi… Apa lagi sambil jari telunjuk menyentuh di dagu, siapa nak follow naik Bukit Dagu. Tengok graf cam hebat cabaran ni. Apalagi, setting ‘oldskool’ no name aku le untuk meredah Antara Gapi pada 9 Julai 09.
Seminggu sebelum, dah cari rim ‘oldskool’ 7 speed untuk setting wheelset offroad. Tayar Hutchisson + tube. RM180 untuk semua. Aduh ni buat aku tersenyum pakai oldskool, kalau top end tu..sendiri mau ingat bro…. Fork…belasah aje oldskool yang pakai sistem getah (tak pakai koil), nak rosak-rosak le RM20 je fork tu (servis sendiri).
Dah ada spare Suntour yang nampak macam ‘oldskool’ compatable. Tiga Empat hari test ride, semua ok, sampai esoknya nak ke Antara Gapi baru nak teringat, rasa kali ni nak all out, nak tapau new bikes. So cari idea untuk setting lumba…
Sebelum Antara Gapi...basikal memerlukan setting untuk
catatan masa lebih baik
Tiga Empat hari test ride, semua ok, sampai esoknya nak ke Antara Gapi baru nak teringat, rasa kali ni nak all out, nak tapau new bikes. So cari idea untuk setting lumba…
1) Getah pad digosok dan dibuat lurah nipis bertentangan pusingan rim, kelancaran kabel diambil kira….. (supaya tahap gigitnya lebih)
2) Gigi Crankset…gigi caset di check….satu persatu, agar tak rosak, guna kikir besi untuk licin gigi yang rosak (maklumlah old skool berpuluh tahun usianya)
3) Lidi Wheelset check, tiada longggar



Sebelum permulaan Antara gapi


Mula dahhhh.... bukit, di sini old skool aku memintas puluhan,
mungkin ratusan peserta (mula agak belakang)


4) Bar End dikeluarkan…agar hendal lebih lebar, stem kasi turun semata…
5) Fork kasi keras (yang ni x jamin boleh tahan atau tak)
6) Front Durailer setting bagi turun lebih cepat dari naik. Bila shift turun sekelip mata turun tapi naik kena tarik durailer lebih sikit. (hasilnya untuk memecut di pertengahan bukit, point untuk memotong pelumba lain hanya kat sini).
7) Rear Durailer setting – Paling besar hingga gigi ketiga aje….gear 1 dan 2 paling kecil x main untuk track cam ni, Jadi aku tak loose berapa saat termasuk pada gear yang tak perlu




Tahap ni Old skool aku masih boleh berentap dengan kaki
Bukit Dagu



Tamat di tempat ke 32...oklah tu pakai old skool,




Kenangan Antara Gapi

8) Persediaan paling penting persediaan diri dengan skil baru, imbangan pusat gravity. Pasal V brek ni x sehebat disc hidraulik… Jadi bila turun bukit aku kena imbang agar berat sekata, tapi body weight banyak main belakang tahap rendah sampai kadang tu tayar depan lock, jadi adjust kat lever untuk dapat pressure sesuai….

9) Basikal apa pun, enjin (diri sendiri) adalah penentu. Kali ni basikal berat Ya Rabbi (lebih 16 kg beb) jadi enjin aku kena upgrade. Enjin betul boleh macam-macam (korek blok…tukar camsyaf dll) Kita ni dicipta tuhan seadanya…..bab makan, latihan seimbang, pemakanan tambahan…itulah aku jaga pemakanan dalam satu dua minggu ni, kalau dikaji kehebatan dalam Al-Quran ...banyak di dalamnya, mengapa kena berhenti sebelum kenyang, banyakkan berpuasa, buah tamar, madu, dll lain ada disebut dalam Al-Quran..jadi fikir-fikirkan khasiatnya.


Anyway hasilnya cukup memberangsangkan……walaupun aku hanya bawa sekadar basikal ‘oldskool’ yang amat berat dengan teknologi usang.. tapi ia membawa minat baru dalam dunia berbasikal aku……..

Kalau aku guna basikal high end…aku tak piker semua ni… tapi matlamat kali ini cukup mencabar minda dan minat aku dalam dunia basikal….SATU PERKARA DALAM MINAT BERBASIKAL.

Antara Gapi aku tempat ke 32 (sebenar dalam 25) pasal aku tak perasan kena lintas garis penamat, aku bedal berhenti siap berehat kejap sebelum dipanggil urusetia untuk melintasi garisan dan mengambil cenderahati…


Tempat ke-32 kira ok, camne ratusan orang melihat sebuah oldskool memotong di setiap penjuru bukit (aku bermula agak belakang jadi bukit aku gunakan untuk memotong) (kecuali laluan ke bukit dagu….memang bertolak).

Sehingga habis, semua setting menjadi….satu era baru berbasikal…apa jua basikal….kita yang akan berkayuh…….hidup basikal….teruskan kayuhan kita…..SETTING YOUR BIKE….






Sunday, August 2, 2009

Inter State/City Ride Ogos 09

2 Ogos 2009: Jarak Kayuhan Cheras - Shah Alam (+- 40km).
Isteri dan Anak tunggu di Shah Alam dengan kereta

Kenapa 'InterState Ride' - Kayuhan ini melibatkan Perantaraan Dua Negeri,
bermula dari Selangor - Kuala Lumpur - Selangor

Kenapa 'Inter City Ride' - Kayuhan ini menghubung beberapa bandar utama, iaitu bermula dari Cheras, Petaling Jaya, Sunway, Subang Jaya dan Shah Alam.

Matlamat Kayuhan

1. Survival dan mendapatkan gambaran dalam menempuhi laluan-laluan yang besar dan sibuk (manalah tau nanti-nanti tersesat kat New York).

2. Ke Sunday Car Sale di PJ

3. Matlamat Utama adalah membawa keluarga ke Karnival Perniagaan Islam di Stadium Melawati, Shah Alam sambil zohor di Masjid Shah Alam yang cukup terkenal. (Harus ditekankan, jika ada mendengar karnival niaga melayu / islam, sokonglah walau dah tahu tak ada apa sangat, asalkan niat untuk berhabis duit membantu bangsa dan agama). Kalau bukan kita, siapa lagi...jangan asyik merusuh je....




Mencari idea, bagaimana nak menggunakan laluan sibuk,
biar jauh atau bodoh, tapi tahap keselamatan terjamin


Kalau naik kereta atau motor, aku tak terlintas tengok ni,
dengan berkayuh, bau sungai ini menusuk hidung,
betapa bodoh manusia ini, sedangkan Tuhan memberi kita aliran sungai yang sangat indah pada mulanya...

Pintu Gerbang yang memisahkan antara KL /Selangor.
Laluan motor sah digunakan basikal


Tengok Sunday Car Sale..cari my dream car...hehehe
Datsun Wagon je...


Sempat singgah di Mentari Courts, Sunway.


Subang Parade.......


Dah Sampai Shah Alam, tak jauh seperti digambarkan, pasni boleh lenjan sampai Klang..
balik pack basikal naik komuter... emmmmm



Karnival Perniagaan Islam, macam biasa, sambutan kurang menggalakkan, itu yang aku sedih. Lepas ni, jom beramai-ramai ke karnival seperti ini, pastikan beberapa barangan di bawa pulang
sekurang-kurangnya ia dapat membantu ekonomi agama dan bangsa kita.

Tidak bermula dari satu langkah...ke mana pun tak sampai, ayuh
mulakan langkah kita bukan mereka......






Monday, July 13, 2009

Cycling + Hiking

Cycling + Hiking @ Puncak Alam Damai
Date: 13 Julai 2009
Time: 7.30 to 10.00 am
Masa Cycling: 1 jam 30 min
Hiking: 1 jam

Kebiasaannya aku biasa buat: Cycling + Jogging + Swimming dalam satu masa
Tapi lain dari kebiasaan, try Cycling + Hiking... (pasal layan old skool, basikal cuma tambat (lock) di pagar rumah tangki air. (Jika menggunakan highend bicycle, sorrylahh main tambat2)

Anyway.....Nice to try...merasai kedinginan puncak di pagi hari.....

"cuba sesuatu yang baru...rasai kelainannya..."



Melihat Matahari Terbit.....


Kelihatan beberapa pendaki mula turun.....


Di tangki itulah, aku menambat basikal (pemandangan dari post rehat 1)



Turun sebenarnya lebih menyeksakan otot...


Jangan buat pasal, cerun sedalam 30 meter, gayat....



Solo Hiking......sendiri ambil gambar!


Puncak Alam Damai, cover seluruh KL, Kajang, PJ, Sunway dan Shah Alam



Pemandangan ke Selatan



Menghampiri Puncak



Antara Laluan Terbina....



Dalam Gambar Nampak Datar, Sebenar Cubalahh


Laluan ke Barat, mula masuk hutan.....



Simpanan Air Alam Damai....


Beginilah nasib oldskool,tayar depan cabut, quick release simpan poket,
then tambat roda depan dengan frame sekali. Kalau Kunci kena potong,
pencuri masih gagal pasaang roda depan, pasal tiada quick release...banyak lagi tip (boleh buat satu ruangan lagi).....

Sunday, July 5, 2009

Ulu Perdik, Hulu Langat

05 July 2009: Batu 14, Hulu Langat - Sg. Congkak - Ulu Perdik, Hulu Langat
Dengan Fadil, biasa start dr rumah, tapi nak jimat masa, bawa kereta, start dr batu 14.

Gambar2 hanya diambil semasa ke Ulu Perdik (masuk Off road beberapa km sahaja)






























Tuesday, June 30, 2009

tour langkawi 2008

Telaga Tujuh Habour

Sebenarnya dah tersalah jalan masa ni, rugi 10km


Gerai kampung, tempat persinggahan yang
sentiasa dicari


Gunung Raya Langkawi, puncak 2500 kaki



Langkawi......



Pemandangan dari Gunung Raya



Gunung Raya






My small family, BIG expectation



Kilim Geo Park, Langkawi




Dari mana asalnya beras...




Penginapan Kami



Tidur bertemankan basikal




Starbucks Jeti Langkawi




Berlepas Pulang ke Tanah Besar




'Me & My Bikes'



Pekena nasi kandar di kedai 'old skool'
Butterworth



Langkawi Trip, Disember 2008




My Bikes Alone...




Ready To Rock...!




Kuala Perlis




Kuala Perlis