Saturday, February 27, 2010

Bangkok Urban Ride 2010

Bangkok Urban Ride 2010
“Pagi ni Syaffiyah dengan Umi berehatlah dulu, semalam penat tak hilang lagi” perkata pada isteri dan anak. Yang sebenarnya aku nak kayuh meronda Bangkok pagi ni. Selama ni urban ride kat Kuala Lumpur, kini berpeluang meronda sebuah metropolitan antara terbesar dalam dunia. Hanya berpandukan pada peta pelancongan dan GPS, hasrat terutama nak lihat Lumpini Park, pasar basah, kedai basikal terbesar di Bangkok dan merasai kesesakannya.


My small family.....
Depan Hotel..sempoir betul....boleh tengok ragam orang


Pada mulanya agak cuak….untuk mulakan kayuhan, takut-takut peraturan bandar ini tidak boleh berkayuh basikal pada waktu puncak (tetapi logiknya, basikal paling dibolehkan ketika waktu puncak) Ahhh belasah je….aku bukan buat jenayah….

Tepat jam 7.30 (waktu Thailand) aku turunkan MY Steel dari My Latio. Kereta pendaftaran Malaysia di Bangkok boleh dikatakan Zero.. Setiap kali manusia yang lalu lalang di situ akan terpinga-pinga melihat sebuah Latio WSW9855, Latio di Thailand dengan nama Nissan Tiida.


Bawah laluan kenderaan, Atas pejalan kaki, atas lagi LRT

Faham peta...mana2 pun boleh redah


Benar aku sedari, kembara kereta bersama basikal amatlah praktikal, bila sampai di destinasi, kita berkayuh, jimat tambang teksi. Redah je….tapi jangan lupa alamat Hotel (tahu nama hotel dan jalan amat penting), boleh ‘total lost’ dengan saiz besar dan kesibukan Bangkok.

Enam kilometer pertama aku mengikut laluan hujung ke hujung Jalan Silom dan laluan di belakangya, untuk mengenali ‘landmark’ atau tanda jalan, bangunan atau billboard untuk memudahkan aku mencari hotel nanti. Melihat pada peta konsep pembinaan kotaraya ini boleh dikatakan tersusun daripada Kuala Lumpur.

Sesak...tapi terkawal..bahagian tepi laluan basikal...aku sorang je gi kerja pakai basikal hehehe
Papantanda tanpa huruf roman...mana akau faham..!

Takde masa nak singgah


Bagaimana, semasa aku di kota London, aku dapat melihat pembangunan dan laluan adalah selari dan setentang, jadi agak sukar untuk sesat atau mudah untuk kembali pada laluan yang sepatutnya. Bangkok hampir-hampir mudah difahami (macam urat daun, urat utamanya Rama IV lihat Google Map) tetapi sila lihat peta bandar Kuala Lumpur, laluannya tidak selari, arus pembangunan tidak serasi, dengan sekali sepusingan sambil berpandukan peta, aku dah tahu yang sebenarnya aku berada pada lokasi paling tengah di Kota Bangkok…

Bangkok Mosque...(Pakistan)..kekadang terpikir...cuba One Malaysia hantar sekelompok orang Melayu ke perantauan....apakah mereka boleh mengubah seperti China..(China TOwn mana2 pun hidup)......

Ini adalah laluan utama ke Bangkok Mosque..betapa beruntung kita tapi......

Redah lagi, jumpa Bangkok Mosque tapi kesian…memang Islam dipinggirkan di sini, Masjid2 semuanya di lorong belakang, betul-betul belakang.. Nasib kita sebagai umat Islam di Malaysia amat-amat terbela, jom penuhkan masjid, amat sayang sekali jika kita tidak menggunakan dengan sebaiknya.

Kalu ada SLR lens 200mm ia pasti..............

Aku minat benar pergi pasar....untung bini aku...lakinya suka pergi pasar

SMOF Supply tak mahu bukak Branch kat Bangkok, pasaran 12 juta penduduk....

Alat pemadam api tu di jadikan perhiasan lampu..ejul try buat...

MY Steel...it's works


Pasar basah, kegemaran destinasi aku di mana-mana, di sini adalah semuanya, manusia, budaya, makanan, dan macam-macam lagi, aku boleh lepas berjam-jam lama jika masa tidak mencemburui aku

Wahhh…….aku tersenyum melihat My Steel… “macam mana kita boleh lepas kat sini beb” dah jiwa basikal, berkata bebas dengan basikal pun ada apa hal. Aku melihat bangunan berceracak tinggi, Sistem transit aliran ringan dah maju termasuk di bawah tanah, teksi Toyota Altis terbaru tu….. Aku teringin nak ke Jambatan Gantung yang merentasi Sungai Chao Phraya, di sini terdapat banyak jambatan, (tapi masa amat suntuk) pukul 11.30 kena balik Hotel nak bawa keluarga bersiar-siar pula.

Kedai Basikal Pro Bike..terbesar di Bangkok, ada bangunan sendiri, macam supermarket


Tapi dah cari dalam internet kedai basikal terbesar di Bangkok, saja melihat kut-kut murah, kebetulan ia terletak tidak jauh dengan destinasi yang hendak di tuju di Lumpini Park, sebuah taman di tengah-tengah metropolitan Bangkok. Kagum melihat sebuah taman yang amat besar di tengah-tengah kota. Macam di USA pulak. Betul-betul di tengah kerana ia dikelilingi oleh kedai dan bangunan (check google).

Sampai juga aku di Sarasin Road, Pro Bike nama kedainya…… Wah besarnya…ada bangunan sendiri pulak tu, bahagian showroom amat menarik, manakala ada department servis sendiri, memang nampak nampak pro…Harga barangan biasa je…lihat barang Shimano Via Malaysia… Aku nak cari barang2 pelik je. Sangkutlah dengan saddle Brooks tiruan dan Handle Grip kulit. Jadilah……

Bangkok..cukup besar dan maju...bersih

Lumpini Park...

Had Laju Basikal.....????

Dah Jiwa Basikal…..Berkayuh pulang ke Hotel, rupanya berhampiran hotel kami ada kedai muslim…”Teh ais satu…Kuew tiau sup satu” ahh cakap je bahasa kita, dia orang tanya bahasa dia, dua-dua tak faham….apa yang korang hantar aku sapu…halal….(tak banyak karenah..tapi Teh Ais sedap, kat Malaysia tak minum Ais)..sini Teh Ais punya pasal…..ais pun ais lah (minum panas tak sedap) Teh Ais…Teh Ais…The Ais…Teh Ais…aku suka……

Tak payah Thule.......Thailand......Negara Kreatif


Aku tenang macam ni........



Aku tak faham....



Lumpini Park....sebuah taman besar di tengah kotaraya


Horray...Bangkok I was here with Bicycle...


Siram bunga........



Satu-satunya kuil hindu kat Bangkok kut...Orang India takde kat Thailand, amat-amat jarang....THailand tak pernah kena jajah.....Malaysia penjajah inggeris bawa masuk India....


Tuk-tuk....kuat sembelih....


Gymnasium terbuka...free, alatannya ringkas dan oldskool


Ruangan antara Garisan putih adalah laluan basikal atau motosikal...Sekurang-kurangnya ada


Sesak...aku apa ada hal


Lorong Belakang...bersih (tak sangka) DBKL kasi keluar projek mengindahkan lorong belakang


Aku memang suka merayau..tanya mak ayah aku masa aku anak2 dulu.
Sekarang Anak Mak Abah dah besar....mencecah 28 negara sudah ku jejaki Alhamdulillah
Akan datang: Kayuhan Menyeberang Laut Songkhla

Wednesday, February 24, 2010

Ringkasan Bangkok Trip 2010

Ringkasan Bangkok Trip 2010
Bangkok at night

Jambatan Gantung...

Baju Pagoda..MY Uniform


Semakin Utara semakin kering..bukit gondol


Mana-mana.....




Jika aku ditanya, Bangkok Jauh? Ya…..
Jika ditanya Bangkok besar dan hebat tak? Aku juga jawab Ya……..
Bangkok moden tak? Aku jawab Ya…..
Padat …..? Aku jawab Ya
Best….? Ya…

Jom pergi Bangkok, aku akan tanya berapa hari 3hari 2malam, pasti aku jawab TIDAK…Guna pengangkutan udara….ok.


Aku rasa tenang kat kampung 'old skool'



Itulah gambaran yang dapat aku nyatakan setelah mengharungi 6 hari 5 malam di negara Gajah Putih itu. Kalau setakat nak menikmati kotaraya Bangkok sahaja pergilah terbang…. Namun inginkan kepuasan dan kenikmatan pengembaraan….’drive’ paling best.. (naik basikal lagi best…tapi masa?????). Sekurang-kurangnya dari KL 5 hari 4 malam sudah memadai..tapi seharian kena drive 600km sehari.

Perlu diketahui…Di sana lebuhraya amat berbeza…tak macam plus highway…Ia masih dua lorong pergi dan balik….tapi ia terbuka melalui perkampungan dan kadangkala terpaksa berhenti di persimpangan. Jadi bukan 100% highway di tempat kita…Jadi 600km di sana amat memenatkan…kena cekal!

Berikut adalah ringkasan perjalanan: (Oleh kerana nak juga sampai Kanchanaburi, peruntukan 1 malam tambahan)



Yati dan seronok layan gerai kampung ke terpaksa ikut.....

Rasa minda terbuai kat kedai macam ni...ni betul2 old town beb....


Shaffiyah seronok...tapi bila dah lama dalam kereta...tension gak...



Drive...drive..drive.....sampai malam,


12.02.10: KL-Bkt Kayu Hitam (510km) Bertolak 8pm sampai 3am (tidur dalam kereta)
13.02.10: Bkt Kayu Hitam – Pracuap Khiri Khan (650km)
14:02.10: Pracuap – Bangkok (350km)
15.02.10 Bangkok
16.02.10 Bangkok - Kanchanaburi – Tha Sae (750km)
17.02.10 Tha Sae – Hatyai – Songkhla (600km)
18.02.10 Songkhla – Parit Buntar – KL (590 km)

Anak bapak...anak umi...takde pilihan....kecik-kecik dah travel banyak negara


Factory Outlet...sebijik macam kat United Kingdom...sama. Malaysia belum sampai....

PETROL – RM578 (RM138 + Bth4394-Thailand Ron95 RM3.20 per liter)
Tol Malaysia KL – Bkt Kayu Hitam – KL140 pergi balik
Tol Thailand (Bangkok aje ade tol_jambatan gantung hebat Bth45 x 6 = Bth270
Hotel – Pracuap Bth1200 (RM120), Bangkok Bth1600 x 2 malam = RM320, Tha Sae = RM68, Songkla RM55 Total = RM563


Makan sehari RM50 x 6 hari = RM300
Teksi dan Tuk-Tuk Bangkok = RM66.30
Makan besar di Songkhla RM135

Total yang wajib = 578 + 140 + 27 + 563 + 300 + 66.30 + 135 = RM1809.30 sahaja, spend lagi RM500 untuk cenderamata…kumpul sebulan RM160 je, setahun boleh pergi melancong atau mengembara…cenderamata ikut kemampuan….


Destinasi utama Bangkok, memang mengkagumkan…..Bayangkan 70km dari pusat Bangkok merupakan bandar…Ya sepanjang jalan, kalau waktu puncak, benarlah kesesakan yang terlampau..kepadatan penduduk terkini 12 juta. Kuala Lumpur baru dua juta.

Sampai masa solat...kena cari sikit Masjid..tak mudah..Kat Malaysia bersepah surau masjid, jadi.....*baju basikal beli kat Bangkok...tinggal 2 je..*


Kereta mana milik aku tak kena dera macam ni.

Wira: Bawa Ronda Semenjung

Peugeot 405: Bawa Ronda Selatan

My Latio: Nah ke Bangkok Lepasnya

Jangan aku dapat 4 x 4: Cambodia, Vietnam, Loas....kut-kut duit jatuh dari langit

Perempuan kalu shopping.......

Inilah yang aku nak dapatkan...dari KL 1710 km, paling jauh yang pernah aku sampai guna jalan darat (Kanchanaburi)

Aku tak rasa kesesakan yang teruk (sikit ketika keluar Bangkok waktu, terkena sedikit) sebab masuk Bangkok jam 7.00 malam, manakala keluar dari metropolitan Thailand itu pada waktu pagi. Kita lihat Hatyai (paling dekat dengan Malaysia) agak huru-hara, sedikit ketinggalan, ke Bangkok, ia cerita lain…Moden, besar dan hebat….

Aku melihat semula peta Malaysia dan Thailand, tersenyum kepuasan, Puas dengan pengembaraan kali ini, penat dan berbaloi. Jika setakat hendak ke Bangkok, naik aje kapal terbang, tapi yang berjiwa pengembaraan, laluan darat melihat kampung, bandar dan budaya Thailand amat menyeronokkan, semakin perlahan semakin menyeronokkan. Basikal atau motor cub…pun cun (BMW 1200 GS takut lepas ke China pulak).

Tidak mengapa jika aku tidak sampai ke Chiang Rai atau Chiang Mai, sekadar melewati beberapa buah negeri di Thailand ini sehingga menjejak kaki ke Bangkok sudah memadai…. Tetapi paling mudah bagi sesiapa ingin ke Thailand…cukup sekadar Hatyai dan melewati Songkhla…everthing Thailand is there for Malaysian….

Masalahnya sekarang ini, sambil aku meninjau-ninjau peta Thailand, aku ternampak negara Loas, Cambodia, Myanmar, Vietnam (China cukup dah kut)…..tak dapat BMW touring bikes…cubcai pun jadi…..hidup seadanya…..

Masih belum minat kajian sejarah...sekadar sampai dan lihat dah puas....


Sampai juga akhirnya

Koleksi peribadi dari mula2 main Photography kekal sehingga kini (13 tahun)
Latio diberi nama Tiida di Thailand



Thailand, negara pandai2...... yang di bawah di angkut ke atas

Perkena nasi Beriani Ayam di kampung???? tak tahu...yang tak bagusnya menggunakan
GPS..cepat lupa...kalau navigate peta...ingat sampai bebila


Thailand.................

Petrol Ron95: RM3.20 seliter..lari budjet

1 hari My Latio tak bergerak di Bangkok (hotel) rehatkan dia...


Depan hotel....Bangkok Silom Road......

Syaffiyah......

Tuk Tuk

Ikan Sepat bersepah kat Thaialnd..memang best


Nasi goreng Seafood...kat kedai Halal

Garam...fresh giler....


Tempat asal garam...Malaysia ada tempat buat garam ke?
Kalu ada aku nak survey...




Asal garam...Shaffiyah tengah rasa garam muda.....


Asal berhenti dok gelek......Damnoen Saduak..floating market



Lepas juga......



Dah jauh kembara ni dah budak ni......



Dari gambar, tv dan kini melihat sendiri dan meresap dijiwa....cari sejarah dan puncanya...kita dapat 'feel' dan persembahkan untuk mereka yang tak kesampaian.....masih belum mampu nak tulis dari jiwa

Kita dah tidak ada......



Ladang Nenas.... (kalau ada masa aku nak cerita tentang tanah di bumi Thailand) apakah sama kesuburannya di Malaysia. Apakah sama jiwa Malaysia dan Thailand..apa yang membezanya


My Latio...no excusse....you work for me


Bapak pun nak bergelek (hilang penat)


Ahh...gelek, asal berenti gelek...
(Multi Photography) berapa banyak makna dalam gambar ni.............?
Sambung.......cerita harian