Tuesday, November 24, 2009

JUST WALK 2

‘JUST WALK 2’

Siri sambungan artikel ‘Just Walk’

Setelah beberapa siri pengembaraan berjalan kaki di Kotaraya Kuala Lumpur, penerangan secara ringkas dan padat:

Berikut adalah pada padangan mata aku, mungkin ada benar atau salahnya, (aku hanya hamba Allah yang serba kekurangan). Dengan kekuatan Yang Maha Kuasa berikan, aku terus berjalan……

Aku mula berjalan……., apa nak dikata! apabila kawasan Masjid India menjadi ‘lubuk emas’ bagi para peniaga dari India. Lihat Euro Moda, Gulatis, Jakel, Mydin, nah tersergam gah di persada kawasan shopping ‘orang kita’. Cuba fahami wang orang kita akan mengalir ke mana? Orang kita ada berniaga di situ, di Wisma Yakin….bandingkan kedai ‘orang kita’ dengan mereka…..kita tewas, sedangkan Malaysia asalnya ‘Tanah Melayu’

Aku berjalan lagi……,‘
orang kita’ tak henti2 bershopping, kawasan kita Sogo dan Kompleks Pertama, Campbell, kena pulak masa cuti, padat memang padat….Kat pertama, rata-rata para peniaga 99% adalah bukan bangsa kita, sekali lagi fahami maksudnya ‘ke mana wang orang kita mengalir….? Berapa puluhan tahun sedemikian, betapa kukuh ekonomi ‘mereka’, betapa rapuh ‘kita’

Ya memang betul…, walaupun begitu kemas menjaga pengaliran keluar wang kita…kita tetap akan terpaksa untuk membeli dari mereka…(kerana mana mungkin orang kita berniaga).

Aku berjalan lagi……, terpampang Menara Berkembar Petronas di hadapan mata lambang atau simbolik kehebatan Malaysia. Para pelancong tak putus-putus bergambar sakan…apa kurangnya kita. Mereka berasa kagum dengan orang-orang Malaysia (melayu).Ya kita hebat….., aku berjalan lagi…masuk ke dalamnya (Suria KLCC), ya ada banyak butik…Dunhill antara nama masyhur, aku tak masuk, cukup sekadar perhati…(siapa aku…..hanya sebagai bekas penghisap rokok Dunhill), apakah kita setaraf untuk itu….(mungkin ada) tapi binaan ekonomi mereka berbanding kita dah jauh bezanya. Ramai ‘orang kita’ tak termampu….. Kemampuan kita terbatas atau terbantut,
Jadi fahami maksudnya…..Dari luar nampak gah…tapi di dalam kita tertewas.

Aku berjalan lagi……., menghayati taman sekitar KLCC, begitu ramai bukan ‘orang sini’, kebanyakan ‘orang luar’ seakan kawasan ini telah tertawan….Aku pandang lagi menara berkembar itu…, tanpa ‘orang luar’ mungkin tak berdiri bangunan-bangunan yang bercakaran ke langit. Apa nak aku kata…?. Jadi fahami maksudnya….di mana ‘orang kita’ menyebabkan ‘orang luar’ terpaksa dipanggil berbondong-bondong tiba….

Aku berjalan lagi…….., masih melewati keindahan taman KLCC, wah ‘orang kita’ memang bersifat penyanyang…., muda-mudi ramai berpeleseran, bercumbu-cumbuan dah semakin terang…., dengan fesyen pakaian dan rambut terkini, mereka bangga bersiaran bersama pasangan masing-masing. Tidak seperti aku yang selekeh dengan ketayap hijau di kepala…..no class

Aku berhenti berjalan, teringat kembali apa yang aku lihat semasa di Jalan TAR tadi, sebuah pub karaoke yang letaknya tepi jalan besar itu…, waktunya masih benderang sekitar jam 3.00 petang, puluhan ‘orang kita’ yang aku fikir masih di bangku sekolah, penuh membanjiri sebuah café ala pub itu….dengan riak mesra sesama mereka lelaki dan perempuan, dengan banner air setan yang terpampang di luar café itu….aku tak patut buruk sangka….tapi cuba fahaminya (kita menjadi katak di bawah tempurung, jika kita tidak sedar apa dah jadi ‘budak-budak kita’)

Aku berjalan lagi……,
dari KLCC menuju ke Kovensyen Centre, sempat menghadiri taklimat ringkas tentang pelaburan hartanah….., aku wakil ‘orang kita’ selainnya mereka…(aku seorang beb) Betullah mereka dah kukuh, simpan....kira-kira dah cukup, jadi laburlah, pelbagai jenis pelaburan yang akan mengembangkan empayar mereka…. ‘Orang kita’ pantang dengan hal investmen’, tapi berminat yang segera….Betapa ramai ‘orang kita’ dengan ‘skim cepat kayanya’. Pengajaran demi pengajaran dah ditonjolkan, tapi kita tetap nak cepat kaya…

Tak perlu berjalan jauh…, kaitkan dengan hartanah, statistik pemilikan hartanah kita dengan mereka. Yakinlah dengan fakta, bahawa harta tanah kita semakin hilang….tanah kita dijual untuk membina pembangunan yang akhirnya dibeli ‘mereka’…Tapi dah kira baik, Tanah Melayu kini bergelar Malaysia…. Mana mungkin sebuah negara bernama ‘Tanah Melayu’ dengan apa yang sedang berlaku kini…..

Aku berjalan lagi……, menuju ke Bukit Bintang…Wuhhh memang hebat.., ramai kagum dengannya, semakin lama, jalan ini nampak semakin moden dan terus menjadi tumpuan ramai….Di sinilah nadi utama Kuala Lumpur. Simpang empat di bukit bintang itu cukup sibuk, sibuk dengan kereta, motosikal, monorail, malahan ribuan manusia bergerak ke sana ke mari sibuk membeli-belah. Pavilion, Starhill, Lot 10, Bukit Bintang Plaza, Low Yat, Sungei Wang…semua itu lubuk wang…..setiap saat, mungkin jutaan wang mengalir masuk keluar dari ratusan ribu pengunjung di situ….., bayangkan pendapatan ‘mereka’, orang kita masih menagih gaji dari ‘mereka’. Banyak kalanya, mereka tiada, apa kita akan ada……

Aku terus berjalan di sepanjang jalan Bukit Bintang dan menyusup masuk ke sebuah lorong di belakang….mencari entah apa…! Sebenarnya aku sedang mencari jendela-jendela klasik untuk dirakam dalam kamera aku. Ahhhh masih ada…., mereka itu masih ada…ku sangkakan sudah bersih kawasan ini, mereka melemparkan senyuman manis dari jendela klasik itu. Mereka cuba memikat si jantan yang lalu lalang.

Aku berjalan lagi…., rupanya Pak Arab mula, menyusup masuk, menjalankan pelbagai perniagaan makanan dan kedai runcit…, mungkin mereka seislam dengan kita, namun aku terpikir, walaupun tidak terletak di laluan utama, tapi mereka boleh hidup, sewanya tetap bukan murah, manakala pasaran mereka agak terhad…..

Aku berhenti berjalan….., minum di sebuah kedai kopi Arab, sambil menghirup kopi, aku terfikir….! Mengapa ‘orang kita' tak mampu lakukan ini….? Sedangkan kita memang ramai, Malaysia ini kita punya… . Sebenarnya pasaran mereka dibantu sesama mereka sendiri juga. Mereka tetap akan hidup walau hanya sebilangan, mereka bekerja merata-rata ceruk kotaraya, makan gaji kecil atau besar atau sebagai seorang peniaga, kemudian mereka belanja di pasaran mereka sendiri di lorong-lorong belakang yang akhirnya melebarkan empayar mereka. Syabas…mereka telah menjumpai emas ‘orang kita’.

Bermakna mereka cukup bersatu untuk memantap ekonomi mereka di perantauan,
Lihat sahaja Chowkit…betapa banyak gerai-gerai ‘Orang Kita’ telah bertukar tangan ke ‘orang seberang’. Mengapa lemahnya kita…. Cuba fahami ekonomi India Muslim melalui sektor restoran atau pemakanan. Apa tidaknya…’Orang kita’ memang gemar teh tarik dan roti canai mereka….sedap. Bukan tak nak pergi kedai ‘Orang kita’ tapi tak ramai atau tidak ada orang kita berniaga.

Apa jadi Melayu di perantauan…? Apakah kita mampu membina empayar kawasan melayu di London, Paris, Beijing, New York, Jeddah, Jepun…….

Aku berjalan lagi…., meredah Pudu Raya menuju ke Jalan Petaling. Berhampiran Puduraya ada sebuah dataran kecil terletak betul-betul di tepi jalan, aku terlihat sesuatu yang selama ini ‘terlepas pandang’. Kawasan itu menjadi tempat berkumpul bagi mereka yang tidak mempunyai rumah….mereka berkumpul bersama-sama, bercerita entah apa…… Aku dapat lihat keadaan kusut masai mereka bersama beg masing-masing yang dalamnya entah apa…..Kulihat kotak-kotak yang dileperkan berlipat-lipat di belakang sebuah papantanda yang menjadi tilam rasmi mereka di malam hari.

Ada yang ketawa seronok bersama rakan, ada yang duduk menung memikirkan entah apa…., Apa benar mereka dahulunya di kalangan orang berada, mengecapi keindahan hidup sempurna bertemankan anak isteri di dalam mahligai kecil mahupun besar. Apa mungkin sesuatu berlaku, yang akhirnya mereka diusir, diusir dari hidup mereka sendiri yang akhirnya terpaksa merempat, sedangkan ‘orang luar’ bermandi wang ringgit Malayisa….

Aku berhenti berjalan….ingin terus menyulami kehidupan mereka, melihat latah mereka, apakah suatu masa nanti orang kita diusir, apa benar itu boleh berlaku…..ohhh begitu takut apabila persoalan itu bermain-main di benak fikiran. Mana mungkin….Tanah Melayu, milik kita, mereka semua menumpang….., menumpang kemewahan kita.

Apa bagusnya ‘orang kita’….memang suka berkongsi yang akhirnya ‘mereka’ pula berkuasa….kalau kita berpecah-belah, mereka bersatu-padu….yang akhirnya…takut-takut nanti kita diusir, diusir dari mengecapi kemewahan dan kedamaian hidup di tempat sendiri. Apakah itu sedang berlaku……

Aku berjalan lagi….., sehingga ke Jalan Petaling, ini benar-benar tempat mereka, tapi ‘orang kita’ tetap suka bertandang. Sekitar ibukota Malaysia, ke mana ‘orang kita’ nak tunjuk ‘tempat kita’. Jika Batu Caves, Masjid India, Lebuh Ampang akan merujuk kepada satu kaum, Bukit Bintang, Jalan Petaling, Pudu memang melambang satu bangsa lagi.

Aku berjalan lagi…..berjalan sepanjang Jalan Petaling yang menjadi syurga membeli-belah tanpa bumbung menawarkan warna-warni pelbagai produk jenama dengan harga jauh lebih murah berbanding produk asalnya. Ramai pelancong terpesona dengan harga yang ditawarkan termasuklah ‘kita’. Tidak rasa tertipu membeli sebuah produk yang disalin sempurna menyerupai produk asal kerana kita membeli dengan harga yang murah. Jadi bila ingat Petaling Street, secara langsung akan dikaitkan dengan perkara sebegini…


Aku berjalan lagi……., perkara inilah yang membangkitkan aku untuk menulis, mencurahkan pandangan mata yang melihat…. Selama ini bukan tidak nampak tapi melihat. Ya melihat sahaja….biarlah, apa untung, apa rugi..aku tetap aku, kamu tetap kamu, mereka tetap mereka.

Tapi ini berbeza…mungkin suatu masa nanti mereka akan jadi kita…kita akan ke mana? Pada hujung minggu suasana di sekitar plaza Kotaraya akan dibanjiri warga asing, warga Myanmar, Vietnam, Bangladesh, Nepal dan lagi dan lagi…. Hilang terus warga Malaysia. Bila-bila lagi cuti umum…Pehhh, aku seperti bukan lagi berjalan di negara sendiri… Mata yang melihat, tulisan-tulisan di papantanda seakan bertukar, daripada faham huruf A, B, C ….. seakan bertukar kepada perkataan yang aku sendiri tidak fahami.

Aku dahaga dan lapar, setelah melihat sebuah restoran dengan masakan yang agak unik…ramai warga-warga asing menikmati hidangan di restoran itu. Baru aku sedar, rupanya restoran ini adalah milik warga Myanmar…tapi apa nak di kata, masakannya agak ringkas tapi menyelerakan…

Aku berjalan setapak demi setapak, seluruh barisan itu telah di kuasai oleh warga asing, daripada restoran, kedai runcit hingga kedai barangan pakaian dan elekrtik adalah menjadi milik warga ‘mereka’. Mereka sudah mampu berniaga dengan baik dan cemerlang….di lokasi strategik yang sudah tentu kadar sewanya amat mahal, tapi mereka sudah bertapak, mereka sudah bertapak, sudah bertapak dan bertapak. Ekonomi mereka makin kukuh. Mereka bekerjasama sesama sendiri, apa mereka takut lagi…pasaran mereka amat dan semakin luas, berapa juta bangsa mereka berada di tanah kita.

Sekurang-kurangnya, setiap minggu warga mereka berkumpul, membeli-belah sesama mereka di tempat mereka. Wang gaji dari ‘orang kita’ dan mereka berhabisan di tempat ‘mereka’. Oleh kerana peniaga mereka tahu, pasaran mereka memang hidup, jadi jualan amat murah kepada bangsa mereka sendiri. Maka sudah tenturamai pekerja asing itu akan membeli-belah di sini….

Jadi mana-mana warga asing yang mencari batu di tempat kita, pasti ramai di antaranya menjumpai emas, dan sebilangan mereka akan menjumpai batu berlian yang kilau-kemilau.

Mana tidak…kita begitu leka yang sedang memegang emas berlian, akhirnya terlepas….jatuh terselit dicelah-celah batu. Kita tidak mahu mengotorkan tangan mencari kembali berlian itu kembali. Tidak bagi mereka…mereka tidak hirau, hujan, panas atau apa sahaja rintangan, perjuangan hidup akan diteruskan….

Semasa mereka mula-mula bertandang ke sini mencari sesuap nasi, kita pandang rendah pada mereka. Kita percaya mereka satu bangsa yang lemah, kita berlagak sebagai tuan tanah…., mereka tidak memerlukan masa yang amat panjang untuk berada di kemuncak…hanya sedikit masa, mereka sudah mampu menguasai, menguasai sebuah ekonomi, walaupun empayar mereka masih kecil, tetapi berbanding orang kita….kita sudah kalah.

Mana mungkin melihat kawasan orang kita di lokasi yang penting di jalan utama, SEMUANYA, di ceruk-ceruk atau lorong-lorong belakang…..

Mereka amat minoriti, kita majoriti…, mereka amat mendadak untuk menguasai…kita yang semakin kehilangan…hilang beransur-ansur Pelbagai yang kita hilang…, manakala yang hilang itu diganti dengan corak luaran yang disalin entah dari mana membuatkan ‘orang kita’ semakin binasa…

Nun jauh dari tempat berdiri, kelihatan Jalur Gemilang gah berkibar di sebuah tiang bendera tertinggi di dunia….

Aku berjalan lagi….berjalan menuju ke Jalur Gemilang gergasi itu yang letaknya di Dataran Merdeka. Seatu mercu tanda negara yang merdeka… Aku menghayati kibaran Jalur Gemilang yang begitu megah berkibar.

Aku bediri tegak, mendongak merasa megah melihat bendera kita terus berkibar, namun semakin lama semakin lemah kibarannya…..sehingga apabila alam berhenti menghembus sang bayu….bendera kita terus longlai dan kemudian berhenti kibarnya.

Syahdu mata melihat……aku seperti ingin terus berdiri…menanti kembalinya sang bayu kembali mengibarkan jalur gemilang yang melambangkan bangkitnya bangsa kita……

Aku terus kaku di situ….menanti hembusan angina yang akan megibarkan kembali jalur gemilang itu….

Aku tak mahu berjalan lagi
, semakin jauh perjalanan, aku semakin melihat dan terus berfikir dengan persoalan-persoalan yang hanya mematah semangat aku sebagai ‘orang kita’……

*1 Namun, aku semakin rasa tidak sesukar mana untuk menjawab persoalan tersebut…! Jawapannya……SEBAB KITA MELAYU. (apakah suatu masa nanti kita tidak mempunyai alasan yang kukuh lagi untuk mempertahankan bangsa kita, yang akhirnya kita terpaksa atau memang mengakui kelemahan bangsa sendiri, ayuh kita gerakkan satu langkah, anak, cucu, cicit kita akan menyusuli untuk ribuan langkah seterusnya).


*2 Sebetulnya…Aku tak perlu jalan jauh lagi untuk terus mencari persoalan-persoalan itu kerana aku sendiri gagal….kerana ‘AKU PUN MELAYU’……(apakah akhirnya menyalahi diri kita kerana kita berbangsa melayu, kita tak salah, tapi melayu yang salah, kalau kita menjadi bangsa lain, kita tidak begini…..apakah kita mahu suatu hari kita berkata begitu).

Jadi, marilah bersama kembali bertatih dan berjalan…usah berlari takut nanti tersungkur, tersembam…baik kita mulakan secara kemas biarpun perlahan, biarpun kita tidak sampai ke destinasi, sekurangnya anak cucu kita meraihnya……

2 comments:

  1. kalu ada gambar masa bejalan tu lagi syiok cerpen nih.two thumbs up.keep it up apai..

    ReplyDelete
  2. thanks...dah lama tak menulis...high profile comment go to elyati@hotmail.com untuk berkongsi idea apa sahaja terutama mengenai kembara atau penulisan...

    ReplyDelete