Wednesday, December 30, 2009

MY Monsoon Ride 09

MONSOON RIDE 26 DIS 2009
AGRO RESORT SEMUJI, GAMBANG
TOTAL DISTANCE: 32 KM (meter aku la)
Sebelum acara...segalanya bersih.....

Burung-burung, unggas-unggas, serangga-serangga dan pelbagai lagi makhluk Tuhan bersahutan menyanyi riang dalam hutan rimba sekitar Agro Resort Semuji, Gambang Pahang pada pagi 26 Dis 09 yang lalu.

Di tambah pula angin monsun timur laut masih membadai pantai timur laut yang membawa hujan renyai sehingga ia membasahi seluruh hutan tanah hujan tropika daerah Gambang itu.

Angin bertiup mendesir dedaun pokok-pokok hutan bersahutan bersama unggas-unggas berteriakan, aliran deras anak-anak sungai yang dingin, seakan irama gemalai yang longlai menjadi halwa telinga manusia yang mendengar….ia akan dikaitkan dengan ketenangan dan kedamaian jiwa yang abadi.

TETAPI…..tidak…tidak dan tidak bagi lebih kurang 400 ratus peserta Monsun Ride yang ketika sedang berhempas pulas, bermati-matian menempuh segala cabaran yang ada sepanjang laluan trek yang disediakan para penganjur. Trek basah adalah satu mimpi ngeri yang menakutkan….keselamatan di ambang penghujung jari…

Aku……..dari sebelum bermula acara aku meletakkan alasan tayar untuk tidak berada pada posisi yang sepatutnya, tetapi semangat juang meletak harapan terlalu tinggi untuk berada pada kedudukan 10 terbaik.


Ia bermula dengan basikal besi aku ‘MY STEEL’ di mana acara Antara Gapi Ride berhampiran Bukit Beruntung itu adalah pemukul canang….

Siapa perasan MY STEEL dengan ‘carrier’ di belakang, aku meletakkan ego yang terkawal pada perkataan ‘steel’ dan ‘carrier’. Jadi aku ingin membukti setiap kali laluan berbukit dengan sedikit tenaga yang Tuhan berikan itu untuk aku memintas orang lain menggunakan basikal moden, jadi sikap ‘ego’ terletak pada ‘steel’ dan ‘carrier’ aku gunakan sedaya upaya untuk merentasi halangan yang semua penunggang tak suka tetapi aku pusingkannya pada positif untuk meraih hasilnya…(alamak dah termasuk aliran pemikiran plak ni…ok stop)

Jadi kalau dengan basikal 15 kg boleh meraih kedudukan 31…masakan dengan basikal 11 kg aku tak boleh memperbaiki kedudukan.

Faktor umur aku tinggalkan sementara entah di mana yang hanya tinggal semangat juang yang tercipta dari latihan tubi dan penekanan mentaliti ke arah yang jitu. Jadi memang aku yakin sekurang-kurangnya sepuluh dalam tangan.

Laluan bukit rasanya tak serius sangat….tapi redah sungai agak banyak jugak…yang paling tak tahan lecak yang terlampau…..turun bukit yang tak tahan…tayar pulak tak sesuai….bayangkan tangan nak contol (nasib baik dua minggu sebelum aku dah angkat dumb bell)…, naik bukit…..tolak.tolak..tolak..langsung tak de grip..dalam sungai tolak….tapi bukan tolak manja….terikut bebudak projek…tolak lari…makan pisang minum air main sambar je…tak berenti…hiss bebudak ni…aku yang tension…


Sampai krem teruk kaki belah kiri, aku tegingkan tapak kaki ia naik ke peha plak… terduduk aku dua minit menanggung kesakitan…(dalam hati masa ni aku terasa…Tuhan kita Allah di mana-mana, nasib baik tuhan kita tak berada di rumah, gua, bukit, tokong atau kuil atau masjid) Allah di mana-mana, berdoalah kepadaNYA…insyaAllah diperkenankan…Aku tiada siapa ketika itu….jadi kepada siapa lagi aku memohon pertolongan…

Dua minit itu…dah dua tiga orang memintas…setelah agak ok…aku teruskan dengan kayuhan 70 peratus kaki kanan…..ok cun kayuhan kembali mantap…yang bertiga pintas aku dapat kejar semula sehingga dapat memintas peserta no.5….

Masuk lecak paras lutut...bayangkan kayuhan bersama lumpur..kasut basah pulak tu...nasib baik basikal superb...aku pun bertahan tenaga....


Sehingga tamat..aku berentap dengan mamat tu….pada bukit terakhir kebun sawit...Mamat tu memintas semula aku, dan aku berhenti untuk makan Jeli power bar step 2…..turun bukit…rupanya dah sampai Agro Resort…

Aku agak kecewa kerana spedo meter menunjukkan 32km dah tamat…kalau aku tahu Power Bar Step 2 tu aku minum masa 20km….. Power Bar Step 2 ada lebihan garam yang boleh merawat krem…

Ok lah tamat di tempat ke-6


Lepas ni kena bawa ubat krem weh….Oklah penamat tahun 2009 meraih kedudukan ke -6….satu penghargaan pada diri….keyakinan itu membuahkan hasil…


Tapi masa tetap mencemburi kita, 2010 aku semakin tua…korang pun…sebenarnya semakin pendek usia untuk menuju KE SANA…….


Selama ini dimanjai.....


Aku dah malas nak kejar masa atau kedudukan dah..aku dah penat…aku dah sakit…aku dah derita…kejar bebudak yang memang jauh hebat…jauh laju…jauh muda dari aku….lihat pula keadaan basikal macam belacan basah…kayuhan xtr itu tak ubah macam kayuh basikal yang tak pernah servis setahun…

Bila dah basuh…bila dah servis…bila dah minyakkan…wah.masih bergetah dan berkilat lagi basikal aku rupanya….macam basikal baru….jadi hati aku berubah pandang…ia seakan memberi sinar baru aku dalam dunia mtb…..

1 comment:

  1. dont stop the ride.keep it as long as u happy with that machine.good job brot.

    ReplyDelete