Wednesday, March 31, 2010

Thailand Trip Day 4

Thailand Trip Day 4

Sekian lama aku berhenti update blog...pembahagian masa agak gagal di samping usaha melawan sifat malas agak terhakis.....

Pagi tu agak awal meninggalkan hotel sebaik sahaja bersarapan 'in house' ala continental breakfast. Kayuhan kedua pagi itu dibatalkan atas sebab masa terlalu terhad dan tenaga sepenuhnya untuk aku gunakan hari untuk memandu sehari suntuk untuk kembali turun ke selatan.

Agak huru-hara pagi tu lebih kurang jam 7.00 pagi, di mana segalanya sesak ala Bangkok sehingga aku di tahan oleh seorang anggota Polis...

!@#$%^& aku dah faham mamat Polis tu suruh berhenti...."#$%^#@", aku faham mamat polis tu suruh ke tepi, "!@#$%$#" aku faham...ko suruh keluarkan lesen...."nah ambil folder ni, ko carilah apa kau nak...lesen antarabangsa, insuran thailand...tak cukup...nah worldwide coverage....perlepasan kastam pun tiada masalah....tali pinggang semua pakai termasuk anak di belakang..."

Apa mamat polis tu nak....hahahaha, (saja buat happy, apahal nak takut), mungkin dia kompius nengok plat nombor Malaysia..semacam je..akhir tanpa sebarang pertikai dia melepaskan kami, siap tahan lalulintas beri laluan pada kami....

Aku rasa kat Thailand amal sistem maca Singapore...warna plat nombor main peranan masa untuk berada di laluan sibuk...mana aku tahu......

Dengan bantuan Garmin GPS...selesai aku keluar Bangkok menuju ke Barat.....

Ku melihat langit...matahari, awan, pokok dan alam sejagat sedang tersenyum riang dan yang sebetulnya mereka sedang bertasbih pada Yang Maha Esa...aku...menunduk malu.

Sinar matahari pagi itu amat bersahaja mencelah dari kepulan-kepulan awan yang tebal, hatiku turut menari mendendang lagu kedamaian..ohhhhh!! alangkah bahagia hidup ini jika sebegini harianku.....

"Yang apa yang you fikirkan tu" isteri menyapaku....mungkin melihat aku begitu asyik memandu tanpa sebarang perkataan keluar dari mulutku sebaik sahaja keluar dari kesesakan kotaraya Bangkok

"Takde apa"selamba dariku sambil bermain-main dengan monitor GPS.

"OK tukar...,tukar...., sedikit semangat dan pengorbanan akan merubah hari ini...." aku berkata keriangan.

"Apa yang tukar abah" suara dari belakang...

"OK..kita ke Kanchanaburi, alang-alang dah sampai sini...lepas ni tak tahulah bila pulak."

"Up to you" balas isteri...itulah jawapan yang membuat aku sayang padamu wahai isteri..."Yang...I nak beli frame basikal RM6,000, boleh?" mesti dia jawab "Up to You"..."Boleh cari girlfriend"...."Up to You".... (Kita sendiri buat penilaian..yang baik dan yang buruk)....

Akhirnya sampai juga ke Kanchanaburi.....apa yang ada...What You U See, What U Get...But Determine What U See.....

Cuba lihat seketul batu, apa yang kita fikirkan tak sama seperti seorang tukang ukir batu....

Samalah kita melihat basikal kita yang beribu RM tu, tak sama dengan orang biasa melihat basikal kita itu. Mereka ingat Ratus je......

Tak cerita banyak, tengok gambar atau survey sendiri dalam internet....

Pukul 12.30 settle di Kanchanaburi...."Chiang Rai jauh lagi ke....." Setting GPS...nah 890km lagi...tak payah.. Jom balik, maka memandu aku turun ke Selatan secara santai setakat mana yang boleh aku sampai, destinasi hanya bertumpu pada tenaga...Isteri dan anak amat sporting Up to me..... (Sempat singgah di Masjid Kanchanaburi, Gerai Muslim perkena nasi beriani berkuahkan sup masam....akhirnya baru terperasan...nasi ayam kot yang kita telan tadi......)

Sebelum matahari melabuhkan tirai sempat singgah di Factory Outlet...hebat...memang sama seperti yang aku pergi di UK. Malaysia tak wujud lagi...nak tahu lebih lanjut...pergi sendiri....hahaha

Sehingga jam 9.30 malam...ok final...Setting HOtel pada GPS..(jumlah hari 750km selama 14jam), beberapa puluh kilometer ada hotel di RnR Tha Sae...ambil bilik VIP RM68 je...besar giler...korang datang pun boleh masuk......

Ahhh penat....dah ZZZZZZZZ,


Sarapan.....

Ala Continental


Teksi Bangkok..Altis Baru


Mana ada Shell, Esso, BHP (ada amat sedikit, Petronas ada tapi setaraf jenana luar) yang lain semua jenama Siam....


Petrol memang mahal..seliter 32.74 bath atau RM3.20




Jute, Tiada siapa kacau...



Gerai muslim orang Pattani, boleh kecek ala kelate


Bismillah.....



Ku sangka nasi Beriani, nasi ayam rupanya



Tangki air.....fikir sendirilah


Pada dinding Tandas...apahal pulak ada iklan Tali Gantung, kencing merata kut...tak tahu...



Old Kanchanaburi



Jumpa kembar....kat sana dikenali sebagai Tiida



Tingkap...tiada nilai untuk semua, tapi aku memandang sesuatu




Perantara hidup...wang, damai, kesihatan, kehidupan, kebebasan, ketenangan, kemewahan, kesusahan...blablablablabla....buka jendela hati anda........


Hai peace atas meriam....dalam makna gambar ni....rungkaikan...


Sehebat mana anda...masa boleh melemahkan kita...
aturan matematik....tolak, campur, ganda dan bahagi (pembagian masa hidup amatlah penting)



Burma....walk pun ok..nanti2



1750km dari kUala Lumpur..


Oh hoi....

Inilah dia....


No komen up to you....


Menggilap.....one day you can ride with me..., up you you



Tak usah peace...kat sini dahulunya huru-hara


One Way Train Never Going Back

Aku: masih buta sejarah




Hentam ajelah.....





Kraetiviti siapa ni....Jepun atau Thailand...


Lalalalla



Bertenang diri...ada hajat nak pi Chiang Rai....890km lagi dari Kanchanaburi....
kenapa aku buat menda macam ni...atau lebih seronok main Video Game kat Rumah....,
"Seorang penulis dipenjara...., mampu menulis hasil penulisan yang hebat2, walaupun diri terkurung...tetapi setiap hari dia melihat langit dan jutaan bintang dari tingkap kecil sahaja, pemikirannya membatasi tembok penjara....
Apakah kita sendang bebas atau terpenjara.....????


Buah-buah...


Inilah Thailand...Up To YOU,


Shaffiyah.....


Factory Oulet...sama hebat di UK


Factory Outlet...,Ku sangkakan jualan Longgok..rupanya nah...serba mewah



Minum Kopi, step 3 dah penat,



Budak....Let They Be Kids...



Cafe di Station Petrol wajib ada



Drive sampai lumat......



Tempat menarik mesti Singgah...mengembara,

2 comments:

  1. Teruja tengok trip hang.. tak sabar nak ke chiang mai.. aku nak ride dalam town sana.. ke chiang rai nanti boleh amik gambar.. neway nice photo.. kenangan seme tu bila dah tua nanti dapat tengok balik latio meredah masuk ke Siam :)

    ReplyDelete
  2. aku adalah eli adalah akuApril 3, 2010 at 8:57 AM

    riezal...nanti boleh aku tengok gambar dan cerita serba sedikit tentang Chiang Mai..aku masih belum mampu ke sana...

    ReplyDelete