Friday, January 8, 2010

One Year Ride....

What I want.......

One Year Ride....

Pehhhh...!!! Setahun berkayuh beb, non stop.. Sapa larat....kami larat (aku, Edi, Pijo dan Pian termasuk empat di kalangan Nilai MTB Naza, Rizal, Azuan dan Wan).......


Memang betul, kami melakukannya....bermula pada jam 10 malam 31.12.09 hingga 3 pagi 1.1.10 (itulah yang dinamakan kayuhan satu tahun).



Kami melewati sepanjang laluan utama Bandaraya Kuala Lumpur antaranya Dataran, Komplek Pertama, Jalan TAR, Chowkit, Kg. Baru, Bukit Bintang, Petaling Street dan menyaksikan pertunjukan bunga api tepat jam 12.00 malam di KLCC.




Seperti tahun sebelumnya...warung sup di Jalan Doraisamy menjadi pilihan sebagai tempat rehat sambil menghilangkan dahaga, penat dan menambah kalori.


Selamat tinggal 2009....bermula 2010...


kayuh masih lagi.................



Wednesday, December 30, 2009

MY Monsoon Ride 09

MONSOON RIDE 26 DIS 2009
AGRO RESORT SEMUJI, GAMBANG
TOTAL DISTANCE: 32 KM (meter aku la)
Sebelum acara...segalanya bersih.....

Burung-burung, unggas-unggas, serangga-serangga dan pelbagai lagi makhluk Tuhan bersahutan menyanyi riang dalam hutan rimba sekitar Agro Resort Semuji, Gambang Pahang pada pagi 26 Dis 09 yang lalu.

Di tambah pula angin monsun timur laut masih membadai pantai timur laut yang membawa hujan renyai sehingga ia membasahi seluruh hutan tanah hujan tropika daerah Gambang itu.

Angin bertiup mendesir dedaun pokok-pokok hutan bersahutan bersama unggas-unggas berteriakan, aliran deras anak-anak sungai yang dingin, seakan irama gemalai yang longlai menjadi halwa telinga manusia yang mendengar….ia akan dikaitkan dengan ketenangan dan kedamaian jiwa yang abadi.

TETAPI…..tidak…tidak dan tidak bagi lebih kurang 400 ratus peserta Monsun Ride yang ketika sedang berhempas pulas, bermati-matian menempuh segala cabaran yang ada sepanjang laluan trek yang disediakan para penganjur. Trek basah adalah satu mimpi ngeri yang menakutkan….keselamatan di ambang penghujung jari…

Aku……..dari sebelum bermula acara aku meletakkan alasan tayar untuk tidak berada pada posisi yang sepatutnya, tetapi semangat juang meletak harapan terlalu tinggi untuk berada pada kedudukan 10 terbaik.


Ia bermula dengan basikal besi aku ‘MY STEEL’ di mana acara Antara Gapi Ride berhampiran Bukit Beruntung itu adalah pemukul canang….

Siapa perasan MY STEEL dengan ‘carrier’ di belakang, aku meletakkan ego yang terkawal pada perkataan ‘steel’ dan ‘carrier’. Jadi aku ingin membukti setiap kali laluan berbukit dengan sedikit tenaga yang Tuhan berikan itu untuk aku memintas orang lain menggunakan basikal moden, jadi sikap ‘ego’ terletak pada ‘steel’ dan ‘carrier’ aku gunakan sedaya upaya untuk merentasi halangan yang semua penunggang tak suka tetapi aku pusingkannya pada positif untuk meraih hasilnya…(alamak dah termasuk aliran pemikiran plak ni…ok stop)

Jadi kalau dengan basikal 15 kg boleh meraih kedudukan 31…masakan dengan basikal 11 kg aku tak boleh memperbaiki kedudukan.

Faktor umur aku tinggalkan sementara entah di mana yang hanya tinggal semangat juang yang tercipta dari latihan tubi dan penekanan mentaliti ke arah yang jitu. Jadi memang aku yakin sekurang-kurangnya sepuluh dalam tangan.

Laluan bukit rasanya tak serius sangat….tapi redah sungai agak banyak jugak…yang paling tak tahan lecak yang terlampau…..turun bukit yang tak tahan…tayar pulak tak sesuai….bayangkan tangan nak contol (nasib baik dua minggu sebelum aku dah angkat dumb bell)…, naik bukit…..tolak.tolak..tolak..langsung tak de grip..dalam sungai tolak….tapi bukan tolak manja….terikut bebudak projek…tolak lari…makan pisang minum air main sambar je…tak berenti…hiss bebudak ni…aku yang tension…


Sampai krem teruk kaki belah kiri, aku tegingkan tapak kaki ia naik ke peha plak… terduduk aku dua minit menanggung kesakitan…(dalam hati masa ni aku terasa…Tuhan kita Allah di mana-mana, nasib baik tuhan kita tak berada di rumah, gua, bukit, tokong atau kuil atau masjid) Allah di mana-mana, berdoalah kepadaNYA…insyaAllah diperkenankan…Aku tiada siapa ketika itu….jadi kepada siapa lagi aku memohon pertolongan…

Dua minit itu…dah dua tiga orang memintas…setelah agak ok…aku teruskan dengan kayuhan 70 peratus kaki kanan…..ok cun kayuhan kembali mantap…yang bertiga pintas aku dapat kejar semula sehingga dapat memintas peserta no.5….

Masuk lecak paras lutut...bayangkan kayuhan bersama lumpur..kasut basah pulak tu...nasib baik basikal superb...aku pun bertahan tenaga....


Sehingga tamat..aku berentap dengan mamat tu….pada bukit terakhir kebun sawit...Mamat tu memintas semula aku, dan aku berhenti untuk makan Jeli power bar step 2…..turun bukit…rupanya dah sampai Agro Resort…

Aku agak kecewa kerana spedo meter menunjukkan 32km dah tamat…kalau aku tahu Power Bar Step 2 tu aku minum masa 20km….. Power Bar Step 2 ada lebihan garam yang boleh merawat krem…

Ok lah tamat di tempat ke-6


Lepas ni kena bawa ubat krem weh….Oklah penamat tahun 2009 meraih kedudukan ke -6….satu penghargaan pada diri….keyakinan itu membuahkan hasil…


Tapi masa tetap mencemburi kita, 2010 aku semakin tua…korang pun…sebenarnya semakin pendek usia untuk menuju KE SANA…….


Selama ini dimanjai.....


Aku dah malas nak kejar masa atau kedudukan dah..aku dah penat…aku dah sakit…aku dah derita…kejar bebudak yang memang jauh hebat…jauh laju…jauh muda dari aku….lihat pula keadaan basikal macam belacan basah…kayuhan xtr itu tak ubah macam kayuh basikal yang tak pernah servis setahun…

Bila dah basuh…bila dah servis…bila dah minyakkan…wah.masih bergetah dan berkilat lagi basikal aku rupanya….macam basikal baru….jadi hati aku berubah pandang…ia seakan memberi sinar baru aku dalam dunia mtb…..

Wednesday, December 23, 2009

Taman Melati - Genting Sempah

19 Disember 2009

Kayuhan Taman Melati - Genting Sempah (terlebih hingga hampir mencecah Gohtong Jaya)

Masa: 7.30 am hingga 10.30 am

Jarak: 28km (90% mendaki)

Peserta: Aku dan Amat

Eli dengan basikal My Steel + bagasi = total bikes weight 22kg, training untuk light touring pakej mendaki bukit melebihi 20km

Amat dengan Fuji weight 12.5 kg


Kereta My Latio parking di Taman Melati, kemudian Yati yang menumpang Nurin akan mengambil My Latio bawa ke Genting Sempah sempah hari keluarga di Awana Resort.

Kemanisan dalam hidup, bila dapat menghirup kopi atau teh di warung kampung
yang benar2 kampung.


Amat mencuba nasib perjalanan ala touring merempuh 90% mendaki bukit



Hidup ini damai dan tenang...kalau itu yang kita pilih...


Udara yang menyegarkan sepanjang jalan



Amat ada keinginan untuk terus mendaki walaupun dah sampai target ke Genting Sempah


Aku...sengaja tambah bagasi 8 kg...nanti mana tau nak rentas banjaran Alps...Switzerland- Austria (dua negara yang terpisah dengan gunung2)... dengan penh muatan basikal touring 30kg...larat ke aku...tapi Taman Melati - Genting Sempah dengan jumlah basikal berat 23 kg...absolutly no hal....



Amat dah surender....aku yakin boleh sampai puncak.....


Dah Berkabus....menghampiri Gohtong Jaya




Rasai kenikmatan secara penuh kepuasan...dengan kereta
anda tidak dapat rasa....



Akhirnya turun balik.....
Jumpa isteri masing-masing di RnR Genting Sempah


Friday, December 11, 2009

cuti-cuti 'walk'



My Latio...3 bulan dah cecah 10,000km...belum masuk Bangkok lagi...

Terbang


29.12.09 Rumah Kg. Kedah-Simpang Empat - Pusat Bandar -Kg. Kedah (+- 10km)
30.12.09 Brinchang - Kea Farm - Brinchang (+- 9 km)
6.12.09 Apartment The Embassy - JB Town... (+- 8 km)


Semasa menghadiri konsert Opick November 09


Begini ia bermula


Asyik dengan keindahan bendang


Parit yang menyalurkan air ke sawah


Pagi-pagi dah walk, matahari baru


Ini dia Padi......yang akhir ke dalam perut



Peace for Kampung Stlye



Walk penuh damai


Jangan buka empangan tu, kacau nanti
Cameron Highland


Cameron Tea Time...tapi minum kopi..apalah Yang..



Bertongkat...kasi ajar jalan jauh..melancong dan mengembara
jauh beza...

Sayur.............

Lap tengok.....




Which You Want



Shopping.....


Ladang Teh.....




Dua pekerja sedang berposing....kerja2


Strawbery farm....


Wahhhhh.SubhanaAllah






Umor 45 baru cerita,

Posing maut....

Thursday, December 3, 2009

YANG ITU YANG INI...

MY STEEL

MY MERIDA


AKU ADA DUA BASIKAL……..


Simbolik daripada dua basikal yang ‘aku’ masih setia dan ‘mereka’ yang masih memberi feel pada tuannya…., masih belum boleh untuk setia pada yang satu….jadi inilah dia…..


YANG LAMA (oldskool) / YANG BARU (updated)

YANG BERAT (15.5kg beb) / YANG RINGAN (9.5kg beb)

YANG LASAK (mana pun boleh) / YANG MANJA (sentiasa berkilat, masuk hutan jauh sekali)

YANG HODOH (pakai karier belakang tu) / YANG SMART (barang xtr beb)

YANG UNIK (tak ramai setting) YANG BIASA (asal ada duit lebih)

YANG DEPAN LEMBUT (pakai fork), YANG DEPAN KERAS (rigid fork)

YANG SELESA (saddle empuk berat) YANG KERAS (saddle span nipis, ringan)

YANG MURAH (kononnya…) YANG MAHAL (tapi tak cukup mahal lagi)

YANG CARCA MERBA (kita ada kuasa menetapkan apa yang kita nak pakai), YANG TEGAS (basikal ni punya barangan terpilih),

YANG…YANG…YANG…YANG tapi dua-dua aku saYANG, bini aku pun aku panggil YANG….hehehhehhe sajee aku nulis ni……

Tuesday, November 24, 2009

JUST WALK 2

‘JUST WALK 2’

Siri sambungan artikel ‘Just Walk’

Setelah beberapa siri pengembaraan berjalan kaki di Kotaraya Kuala Lumpur, penerangan secara ringkas dan padat:

Berikut adalah pada padangan mata aku, mungkin ada benar atau salahnya, (aku hanya hamba Allah yang serba kekurangan). Dengan kekuatan Yang Maha Kuasa berikan, aku terus berjalan……

Aku mula berjalan……., apa nak dikata! apabila kawasan Masjid India menjadi ‘lubuk emas’ bagi para peniaga dari India. Lihat Euro Moda, Gulatis, Jakel, Mydin, nah tersergam gah di persada kawasan shopping ‘orang kita’. Cuba fahami wang orang kita akan mengalir ke mana? Orang kita ada berniaga di situ, di Wisma Yakin….bandingkan kedai ‘orang kita’ dengan mereka…..kita tewas, sedangkan Malaysia asalnya ‘Tanah Melayu’

Aku berjalan lagi……,‘
orang kita’ tak henti2 bershopping, kawasan kita Sogo dan Kompleks Pertama, Campbell, kena pulak masa cuti, padat memang padat….Kat pertama, rata-rata para peniaga 99% adalah bukan bangsa kita, sekali lagi fahami maksudnya ‘ke mana wang orang kita mengalir….? Berapa puluhan tahun sedemikian, betapa kukuh ekonomi ‘mereka’, betapa rapuh ‘kita’

Ya memang betul…, walaupun begitu kemas menjaga pengaliran keluar wang kita…kita tetap akan terpaksa untuk membeli dari mereka…(kerana mana mungkin orang kita berniaga).

Aku berjalan lagi……, terpampang Menara Berkembar Petronas di hadapan mata lambang atau simbolik kehebatan Malaysia. Para pelancong tak putus-putus bergambar sakan…apa kurangnya kita. Mereka berasa kagum dengan orang-orang Malaysia (melayu).Ya kita hebat….., aku berjalan lagi…masuk ke dalamnya (Suria KLCC), ya ada banyak butik…Dunhill antara nama masyhur, aku tak masuk, cukup sekadar perhati…(siapa aku…..hanya sebagai bekas penghisap rokok Dunhill), apakah kita setaraf untuk itu….(mungkin ada) tapi binaan ekonomi mereka berbanding kita dah jauh bezanya. Ramai ‘orang kita’ tak termampu….. Kemampuan kita terbatas atau terbantut,
Jadi fahami maksudnya…..Dari luar nampak gah…tapi di dalam kita tertewas.

Aku berjalan lagi……., menghayati taman sekitar KLCC, begitu ramai bukan ‘orang sini’, kebanyakan ‘orang luar’ seakan kawasan ini telah tertawan….Aku pandang lagi menara berkembar itu…, tanpa ‘orang luar’ mungkin tak berdiri bangunan-bangunan yang bercakaran ke langit. Apa nak aku kata…?. Jadi fahami maksudnya….di mana ‘orang kita’ menyebabkan ‘orang luar’ terpaksa dipanggil berbondong-bondong tiba….

Aku berjalan lagi…….., masih melewati keindahan taman KLCC, wah ‘orang kita’ memang bersifat penyanyang…., muda-mudi ramai berpeleseran, bercumbu-cumbuan dah semakin terang…., dengan fesyen pakaian dan rambut terkini, mereka bangga bersiaran bersama pasangan masing-masing. Tidak seperti aku yang selekeh dengan ketayap hijau di kepala…..no class

Aku berhenti berjalan, teringat kembali apa yang aku lihat semasa di Jalan TAR tadi, sebuah pub karaoke yang letaknya tepi jalan besar itu…, waktunya masih benderang sekitar jam 3.00 petang, puluhan ‘orang kita’ yang aku fikir masih di bangku sekolah, penuh membanjiri sebuah café ala pub itu….dengan riak mesra sesama mereka lelaki dan perempuan, dengan banner air setan yang terpampang di luar café itu….aku tak patut buruk sangka….tapi cuba fahaminya (kita menjadi katak di bawah tempurung, jika kita tidak sedar apa dah jadi ‘budak-budak kita’)

Aku berjalan lagi……,
dari KLCC menuju ke Kovensyen Centre, sempat menghadiri taklimat ringkas tentang pelaburan hartanah….., aku wakil ‘orang kita’ selainnya mereka…(aku seorang beb) Betullah mereka dah kukuh, simpan....kira-kira dah cukup, jadi laburlah, pelbagai jenis pelaburan yang akan mengembangkan empayar mereka…. ‘Orang kita’ pantang dengan hal investmen’, tapi berminat yang segera….Betapa ramai ‘orang kita’ dengan ‘skim cepat kayanya’. Pengajaran demi pengajaran dah ditonjolkan, tapi kita tetap nak cepat kaya…

Tak perlu berjalan jauh…, kaitkan dengan hartanah, statistik pemilikan hartanah kita dengan mereka. Yakinlah dengan fakta, bahawa harta tanah kita semakin hilang….tanah kita dijual untuk membina pembangunan yang akhirnya dibeli ‘mereka’…Tapi dah kira baik, Tanah Melayu kini bergelar Malaysia…. Mana mungkin sebuah negara bernama ‘Tanah Melayu’ dengan apa yang sedang berlaku kini…..

Aku berjalan lagi……, menuju ke Bukit Bintang…Wuhhh memang hebat.., ramai kagum dengannya, semakin lama, jalan ini nampak semakin moden dan terus menjadi tumpuan ramai….Di sinilah nadi utama Kuala Lumpur. Simpang empat di bukit bintang itu cukup sibuk, sibuk dengan kereta, motosikal, monorail, malahan ribuan manusia bergerak ke sana ke mari sibuk membeli-belah. Pavilion, Starhill, Lot 10, Bukit Bintang Plaza, Low Yat, Sungei Wang…semua itu lubuk wang…..setiap saat, mungkin jutaan wang mengalir masuk keluar dari ratusan ribu pengunjung di situ….., bayangkan pendapatan ‘mereka’, orang kita masih menagih gaji dari ‘mereka’. Banyak kalanya, mereka tiada, apa kita akan ada……

Aku terus berjalan di sepanjang jalan Bukit Bintang dan menyusup masuk ke sebuah lorong di belakang….mencari entah apa…! Sebenarnya aku sedang mencari jendela-jendela klasik untuk dirakam dalam kamera aku. Ahhhh masih ada…., mereka itu masih ada…ku sangkakan sudah bersih kawasan ini, mereka melemparkan senyuman manis dari jendela klasik itu. Mereka cuba memikat si jantan yang lalu lalang.

Aku berjalan lagi…., rupanya Pak Arab mula, menyusup masuk, menjalankan pelbagai perniagaan makanan dan kedai runcit…, mungkin mereka seislam dengan kita, namun aku terpikir, walaupun tidak terletak di laluan utama, tapi mereka boleh hidup, sewanya tetap bukan murah, manakala pasaran mereka agak terhad…..

Aku berhenti berjalan….., minum di sebuah kedai kopi Arab, sambil menghirup kopi, aku terfikir….! Mengapa ‘orang kita' tak mampu lakukan ini….? Sedangkan kita memang ramai, Malaysia ini kita punya… . Sebenarnya pasaran mereka dibantu sesama mereka sendiri juga. Mereka tetap akan hidup walau hanya sebilangan, mereka bekerja merata-rata ceruk kotaraya, makan gaji kecil atau besar atau sebagai seorang peniaga, kemudian mereka belanja di pasaran mereka sendiri di lorong-lorong belakang yang akhirnya melebarkan empayar mereka. Syabas…mereka telah menjumpai emas ‘orang kita’.

Bermakna mereka cukup bersatu untuk memantap ekonomi mereka di perantauan,
Lihat sahaja Chowkit…betapa banyak gerai-gerai ‘Orang Kita’ telah bertukar tangan ke ‘orang seberang’. Mengapa lemahnya kita…. Cuba fahami ekonomi India Muslim melalui sektor restoran atau pemakanan. Apa tidaknya…’Orang kita’ memang gemar teh tarik dan roti canai mereka….sedap. Bukan tak nak pergi kedai ‘Orang kita’ tapi tak ramai atau tidak ada orang kita berniaga.

Apa jadi Melayu di perantauan…? Apakah kita mampu membina empayar kawasan melayu di London, Paris, Beijing, New York, Jeddah, Jepun…….

Aku berjalan lagi…., meredah Pudu Raya menuju ke Jalan Petaling. Berhampiran Puduraya ada sebuah dataran kecil terletak betul-betul di tepi jalan, aku terlihat sesuatu yang selama ini ‘terlepas pandang’. Kawasan itu menjadi tempat berkumpul bagi mereka yang tidak mempunyai rumah….mereka berkumpul bersama-sama, bercerita entah apa…… Aku dapat lihat keadaan kusut masai mereka bersama beg masing-masing yang dalamnya entah apa…..Kulihat kotak-kotak yang dileperkan berlipat-lipat di belakang sebuah papantanda yang menjadi tilam rasmi mereka di malam hari.

Ada yang ketawa seronok bersama rakan, ada yang duduk menung memikirkan entah apa…., Apa benar mereka dahulunya di kalangan orang berada, mengecapi keindahan hidup sempurna bertemankan anak isteri di dalam mahligai kecil mahupun besar. Apa mungkin sesuatu berlaku, yang akhirnya mereka diusir, diusir dari hidup mereka sendiri yang akhirnya terpaksa merempat, sedangkan ‘orang luar’ bermandi wang ringgit Malayisa….

Aku berhenti berjalan….ingin terus menyulami kehidupan mereka, melihat latah mereka, apakah suatu masa nanti orang kita diusir, apa benar itu boleh berlaku…..ohhh begitu takut apabila persoalan itu bermain-main di benak fikiran. Mana mungkin….Tanah Melayu, milik kita, mereka semua menumpang….., menumpang kemewahan kita.

Apa bagusnya ‘orang kita’….memang suka berkongsi yang akhirnya ‘mereka’ pula berkuasa….kalau kita berpecah-belah, mereka bersatu-padu….yang akhirnya…takut-takut nanti kita diusir, diusir dari mengecapi kemewahan dan kedamaian hidup di tempat sendiri. Apakah itu sedang berlaku……

Aku berjalan lagi….., sehingga ke Jalan Petaling, ini benar-benar tempat mereka, tapi ‘orang kita’ tetap suka bertandang. Sekitar ibukota Malaysia, ke mana ‘orang kita’ nak tunjuk ‘tempat kita’. Jika Batu Caves, Masjid India, Lebuh Ampang akan merujuk kepada satu kaum, Bukit Bintang, Jalan Petaling, Pudu memang melambang satu bangsa lagi.

Aku berjalan lagi…..berjalan sepanjang Jalan Petaling yang menjadi syurga membeli-belah tanpa bumbung menawarkan warna-warni pelbagai produk jenama dengan harga jauh lebih murah berbanding produk asalnya. Ramai pelancong terpesona dengan harga yang ditawarkan termasuklah ‘kita’. Tidak rasa tertipu membeli sebuah produk yang disalin sempurna menyerupai produk asal kerana kita membeli dengan harga yang murah. Jadi bila ingat Petaling Street, secara langsung akan dikaitkan dengan perkara sebegini…


Aku berjalan lagi……., perkara inilah yang membangkitkan aku untuk menulis, mencurahkan pandangan mata yang melihat…. Selama ini bukan tidak nampak tapi melihat. Ya melihat sahaja….biarlah, apa untung, apa rugi..aku tetap aku, kamu tetap kamu, mereka tetap mereka.

Tapi ini berbeza…mungkin suatu masa nanti mereka akan jadi kita…kita akan ke mana? Pada hujung minggu suasana di sekitar plaza Kotaraya akan dibanjiri warga asing, warga Myanmar, Vietnam, Bangladesh, Nepal dan lagi dan lagi…. Hilang terus warga Malaysia. Bila-bila lagi cuti umum…Pehhh, aku seperti bukan lagi berjalan di negara sendiri… Mata yang melihat, tulisan-tulisan di papantanda seakan bertukar, daripada faham huruf A, B, C ….. seakan bertukar kepada perkataan yang aku sendiri tidak fahami.

Aku dahaga dan lapar, setelah melihat sebuah restoran dengan masakan yang agak unik…ramai warga-warga asing menikmati hidangan di restoran itu. Baru aku sedar, rupanya restoran ini adalah milik warga Myanmar…tapi apa nak di kata, masakannya agak ringkas tapi menyelerakan…

Aku berjalan setapak demi setapak, seluruh barisan itu telah di kuasai oleh warga asing, daripada restoran, kedai runcit hingga kedai barangan pakaian dan elekrtik adalah menjadi milik warga ‘mereka’. Mereka sudah mampu berniaga dengan baik dan cemerlang….di lokasi strategik yang sudah tentu kadar sewanya amat mahal, tapi mereka sudah bertapak, mereka sudah bertapak, sudah bertapak dan bertapak. Ekonomi mereka makin kukuh. Mereka bekerjasama sesama sendiri, apa mereka takut lagi…pasaran mereka amat dan semakin luas, berapa juta bangsa mereka berada di tanah kita.

Sekurang-kurangnya, setiap minggu warga mereka berkumpul, membeli-belah sesama mereka di tempat mereka. Wang gaji dari ‘orang kita’ dan mereka berhabisan di tempat ‘mereka’. Oleh kerana peniaga mereka tahu, pasaran mereka memang hidup, jadi jualan amat murah kepada bangsa mereka sendiri. Maka sudah tenturamai pekerja asing itu akan membeli-belah di sini….

Jadi mana-mana warga asing yang mencari batu di tempat kita, pasti ramai di antaranya menjumpai emas, dan sebilangan mereka akan menjumpai batu berlian yang kilau-kemilau.

Mana tidak…kita begitu leka yang sedang memegang emas berlian, akhirnya terlepas….jatuh terselit dicelah-celah batu. Kita tidak mahu mengotorkan tangan mencari kembali berlian itu kembali. Tidak bagi mereka…mereka tidak hirau, hujan, panas atau apa sahaja rintangan, perjuangan hidup akan diteruskan….

Semasa mereka mula-mula bertandang ke sini mencari sesuap nasi, kita pandang rendah pada mereka. Kita percaya mereka satu bangsa yang lemah, kita berlagak sebagai tuan tanah…., mereka tidak memerlukan masa yang amat panjang untuk berada di kemuncak…hanya sedikit masa, mereka sudah mampu menguasai, menguasai sebuah ekonomi, walaupun empayar mereka masih kecil, tetapi berbanding orang kita….kita sudah kalah.

Mana mungkin melihat kawasan orang kita di lokasi yang penting di jalan utama, SEMUANYA, di ceruk-ceruk atau lorong-lorong belakang…..

Mereka amat minoriti, kita majoriti…, mereka amat mendadak untuk menguasai…kita yang semakin kehilangan…hilang beransur-ansur Pelbagai yang kita hilang…, manakala yang hilang itu diganti dengan corak luaran yang disalin entah dari mana membuatkan ‘orang kita’ semakin binasa…

Nun jauh dari tempat berdiri, kelihatan Jalur Gemilang gah berkibar di sebuah tiang bendera tertinggi di dunia….

Aku berjalan lagi….berjalan menuju ke Jalur Gemilang gergasi itu yang letaknya di Dataran Merdeka. Seatu mercu tanda negara yang merdeka… Aku menghayati kibaran Jalur Gemilang yang begitu megah berkibar.

Aku bediri tegak, mendongak merasa megah melihat bendera kita terus berkibar, namun semakin lama semakin lemah kibarannya…..sehingga apabila alam berhenti menghembus sang bayu….bendera kita terus longlai dan kemudian berhenti kibarnya.

Syahdu mata melihat……aku seperti ingin terus berdiri…menanti kembalinya sang bayu kembali mengibarkan jalur gemilang yang melambangkan bangkitnya bangsa kita……

Aku terus kaku di situ….menanti hembusan angina yang akan megibarkan kembali jalur gemilang itu….

Aku tak mahu berjalan lagi
, semakin jauh perjalanan, aku semakin melihat dan terus berfikir dengan persoalan-persoalan yang hanya mematah semangat aku sebagai ‘orang kita’……

*1 Namun, aku semakin rasa tidak sesukar mana untuk menjawab persoalan tersebut…! Jawapannya……SEBAB KITA MELAYU. (apakah suatu masa nanti kita tidak mempunyai alasan yang kukuh lagi untuk mempertahankan bangsa kita, yang akhirnya kita terpaksa atau memang mengakui kelemahan bangsa sendiri, ayuh kita gerakkan satu langkah, anak, cucu, cicit kita akan menyusuli untuk ribuan langkah seterusnya).


*2 Sebetulnya…Aku tak perlu jalan jauh lagi untuk terus mencari persoalan-persoalan itu kerana aku sendiri gagal….kerana ‘AKU PUN MELAYU’……(apakah akhirnya menyalahi diri kita kerana kita berbangsa melayu, kita tak salah, tapi melayu yang salah, kalau kita menjadi bangsa lain, kita tidak begini…..apakah kita mahu suatu hari kita berkata begitu).

Jadi, marilah bersama kembali bertatih dan berjalan…usah berlari takut nanti tersungkur, tersembam…baik kita mulakan secara kemas biarpun perlahan, biarpun kita tidak sampai ke destinasi, sekurangnya anak cucu kita meraihnya……