Di mana Shaula, di mana Acturus…, dua bintang kesayanganku. Semasa belajar asas ilmu pelayaran klasik di atas kapal Bunga Selasih, aku memilih dua bintang ini sebagai panduan pelayaran tanpa sistem GPS… Shaula dan Acturus di mana kau…aku akan kehilanganmu buat selamanya…manusia mudah lupa…selagi aku tidak membuka semula buku nautical astronomi dengan panduan dari seorang guru…aku tidak mampu mencari mu dalam jutaan bintang yang menghiasi langit malam itu di Songkhla, Thailand.
Terkenang kembali (semasa belayar kapal), di tengah-tengah lautan, aku amat kagum dengan manusia sebelum kehadiran sistem komputeran, bila mana pelayaran yang berbulan-bulan di tengah lautan dengan hanya berpandukan matahari dan bintang..mereka boleh sampai ke destinasi… Ya…dengan panduan yang benar, kita akan sampai….seperti hidup kita berpegang pada panduan yang betul….kita akan sampai ke tempat yang sepatutnya kita tuju…….
No destination...just ride, relax & rest.......
Redah je......
Di hotel. basikal simpan di lobi, bersama pengembara lain.....
Slow Shutter
Satu pagi yang segar….aku meninggalkan hotel dengan tenang meredah bayu pagi di bandar Songkhla menuju ke Samila Beach. Hasil dari panduan yang diberikan oleh Pengurus Hotel Sook Somboon (hotel tempat kami menginap), aku mendapat idea amat bernas untuk mencipta satu kayuhan yang lebih bererti…
Aku mencari jeti yang dimaksudkan di mana feri tersebut boleh membawa muatan kenderaan menyeberangi kuala untuk ke seberang, ianya bukan feri pelancongan (tahap keselamtannya serba kekurangan).
Aku paling mula....
Dari jeti tersebut, kita menyeberangi kuala untuk ke seberang sana. Kita melalui satu perkampungan Islam dan nelayan. Kemudian laluan tersebut bersambung ke jalan utama dan terdapat sebuah jambatan panjang menghubungkan tanah besar ke sebuah pulau yang dikelilingi oleh tasik terbuka (sebenarnya laut…lihat google). Pulau tersebut lebih kurang sebesar 3 kilometer persegi adalah kawasan nelayan (kalau masa cukup boleh ronda 1 pusingan pulau, mungkin mengambil masa kurang 1 jam). Dari pulau tersebut terdapat satu lagi jambatan yang menghubung tanah besar dan seterusnya 10 km untuk sampai semula ke Songkhla…
Jadi ia merupakan satu kayuhan yang berperistiwa, aku tak mahu memanjangkan cerita, jadi JOM CUBA
*(Songkhla Cuma 70km sahaja dari Bkt. Kayu Hitam atau 20 km dari bandar Hatyai)JOM..JOM….JOM..,
Tak faham apa...entah-entah kubur Thailand...malam2
Oppps….roda basikal aku melanggar lubang kecil, lamunan aku terhenti, aku kembali memberi tumpuan pada kayuhan manjaku pada malam itu di sepanjang Pantai Samila, Songkhla. Tiada destinasi pada malam itu, hanya bergantung pada jarak kayuhan untuk mendapatkan 20 kilometer. Manakala aku tertinggal wang Thailand di bilik hotel…Yang ada berapa ratusan Ringgit Malaysia yang nampaknya tidak akan berguna pada malam itu. Aku mudah terdetik…..Wang yang berjuta-juta, jika tidak berada pada tempatnya…ianya tiada nilai yang sepatutnya……
Aku hanya berhenti beberapa tempat untuk tujuan fotografi…selain berkayuh, mengalamun dan kadang-kala fikiranku terbang….melayang-layang telihat kibaran bendera Thailand sepanjang pantai itu mengingatkan aku kini bukan berada di tanahair tercinta. Aku berada di sebuah negara yang tidak pernah dijajah, apakah erti kebebasan bagi rakyat Thailand…dan apakah erti kebebasan bangsa aku di Tanah Melayu…Ahhh tidak perlu menjawab persoalan ini, ianya terlalu berat bagiku……Kayuh………
Belum sempat membebankan fikiranku lagi…angka pada meter jarak menunjukkan 20km dan terus mencari laluan kembali ke hotel untuk menikmati lena…….Lebih baik tidur lebih awal agar tenaga segar menanti esok harinya……
mahu lebih pergi Bangkok...masih memendam...pergi Chiang Rai

18hb Februari 2010
Naik feri ke seberang.......
Satu pagi yang segar….aku meninggalkan hotel dengan tenang meredah bayu pagi di bandar Songkhla menuju ke Samila Beach. Hasil dari panduan yang diberikan oleh Pengurus Hotel Sook Somboon (hotel tempat kami menginap), aku mendapat idea amat bernas untuk mencipta satu kayuhan yang lebih bererti…
Aku mencari jeti yang dimaksudkan di mana feri tersebut boleh membawa muatan kenderaan menyeberangi kuala untuk ke seberang, ianya bukan feri pelancongan (tahap keselamtannya serba kekurangan).
Aku paling mula....
Satu pengalaman yang menyeronokkan
Pelik manusia lain nengok aku weh....
Jeti mengerikan......
Yang bertanda merah adalah laluan aku berbasikal
Kuning dot..dot.. adalah jambatan
hijau muda adalah laluan dengan feri (total 36km sahaja..tapi Pulau Ko Yo boleh 1 ronda kalau mahu)
Dari jeti tersebut, kita menyeberangi kuala untuk ke seberang sana. Kita melalui satu perkampungan Islam dan nelayan. Kemudian laluan tersebut bersambung ke jalan utama dan terdapat sebuah jambatan panjang menghubungkan tanah besar ke sebuah pulau yang dikelilingi oleh tasik terbuka (sebenarnya laut…lihat google). Pulau tersebut lebih kurang sebesar 3 kilometer persegi adalah kawasan nelayan (kalau masa cukup boleh ronda 1 pusingan pulau, mungkin mengambil masa kurang 1 jam). Dari pulau tersebut terdapat satu lagi jambatan yang menghubung tanah besar dan seterusnya 10 km untuk sampai semula ke Songkhla…
Jadi ia merupakan satu kayuhan yang berperistiwa, aku tak mahu memanjangkan cerita, jadi JOM CUBA
*(Songkhla Cuma 70km sahaja dari Bkt. Kayu Hitam atau 20 km dari bandar Hatyai)JOM..JOM….JOM..,
Sarapan...tiada nasi lemak atau roti canai...Aku minta Teh Ais...dikasinya Teh O..bedal
adoiii best betul la.berangan plak mcm aku yg gi sana.teringin nak bekayuh ditempat yg sejuk.malaysia panas wehh..
ReplyDeletep/s:amcm planning gi madrid SPAIN??jd ke x yeop??
ada beberapa peringkat ujian sebelum redah madrid- spain..... Tak mahu rush...kalau ia berlaku...berlaku...kalau tiada rezeki pun takpe..tapi sedang berusaha ke arah tu....
ReplyDeletecaya la syeikh.............
ReplyDelete