Thursday, March 4, 2010

Thailand Trip Day 1

HARI PERTAMA: 13 FEB 2010 KL - BKT. KAYU HITAM – PRACUAP KHIRI KHAN

Persinggahan pertama selepas melepasi sempadan, mandi di surau....
Buah-buahan segar, hasil bumi Thailand

Good Morning Prachuap Khiri Khan, Thailand….Segar bugar aku bangun dari kamar tidurku, lena dan puas, ku syukuri nikmatnya…..betapa maha hebatNYA, nikmat tidur dan rehat yang diberiNYA pun tak terhingga…inikan pula kita diberi segalanya…….Di bawah langitNYA kita hidup menikmati SEMUA pemberianNYA

Mengikut perancangan asal, sepatutnya kami bermalam di Khancanaburi, tetapi terkandas di Prachuap Khiri Khan (tak pernah terlintas di benak fikiran lokasi ini. Pada malam 12 Feb 10 (Jumaat), kami bertolak dari Cheras, KL jam 8.00 malam terus langsung ‘nonstop’ ke Sempadan (15 minit rehat tol Bidor), KL ke Ipoh, kenderaan bergerak perlahan…dan mula reda selepas Ipoh. Kami tiba di sempadan jam 3.30 pagi dengan kadar kelajuan biasa. Namun patah balik ke Chanlun (10km) untuk petrol…tetapi semua tutup (Thailand petrol mahal ). Jadi tidur di Ti Hotel (bukan check-in tapi tumpang parking je) tidur dalam kereta…Jam 6.00 pagi bingkas Solat dan terus FULL TANK kat Petronas Changlun.

Berikut adalah proses masuk sempadan dengan kenderaan:
1. Insuran Thailand….aku beli di Changlun RM16 untuk seminggu


2. Terus menuju ke Sempadan untuk Imigresen Malaysia(cop passport)

3. Langsung ke Imigresen Thailand (cop passport), kereta pakir di belakang bangunan Imigresen Thailand)

4. Pemandu, bawa geran dan Insuran ke pihak Kastam (kaunter no:9),

5. Tunjuk Geran asal dan salinan dan Passport pada kaunter. Kemudian pegawai di kaunter berkenaan mencetak satu borang yang di key in data-data kita

6. Pagawai akan menyerah borang dan dokumen kita, untuk kita serah ke kaunter sebelahnya untuk ditandatangan di hadapan pegawai berikutnya.

7. Salinan Borang yang telah kita tandatangan itu akan diberikan pada pegawai pemeriksaan.

8. Bawa kereta kita melepasi pos imigresen dan kastam untuk pemeriksaan (diperiksa oleh pegawai yang memegang salinan borang kita)

9. OK, pegawai tersebut member salinan borang kasatam itu dan mengingatkan kita memulangkan kembali semasa pulang nanti di post kastam.

10. Semua ok….Ready to rock, steady…konpram..tonkram, kracuap WELKOMEN THAILAND


Pisang dibalut dengan tepung pulut dan di goreng..sedap dan cuba buat
Selepas Hatyai...laluan ke Utara lurus......

Sebaik sahaja melepasi sempadan, aku mula ‘setting’ GO (GPS) ke Kanchanaburi, alangkah terkejutnya aku melihat angka 1200km, (sedangkan dari KL aku lihat 1290km pada data yang di simpan), rupanya itu mungkin garisan lurus…..aduh……(daripada KL tak leh dapatkan route tak boleh calculate)
Bukan tidak boleh memandu 1200km tetapi dengan lena hanya 45 minit, dengan rencah keluarga (bukan nak catat rekod) dan laluan bukan 100% lebuhraya seperti di Malaysia, sedikit sebanyak tentu membantutkan hasrat untuk sampai terus ke Kanchanaburi…(aku masih ingat perjalanan Shefield-Newcastle-Endiburgh 3 tahun yang lalu, juga agak jauh..tetapi dengan cuaca yang dingin dan pemandangan yang menghiburkan….


Toilet di Thailand..mesti ada kolah

Teka....muatan apa tu??? Babi....


Betapa aku tahu, besarnya Negara Thailand….semasa merancang lagi aku dah tak sanggup nak ke Chiang Rai dengan masa yang ada. Memang benar, aku tak kesampaian ke Kanchanaburi, Bermula dari Danuk jam 10.00 pagi hinggalah pukul 9.00 malam, aku hanya cecah Bandar Pracuap Khiri Khan dan setting GPS mencari hotel. Oleh kerana bandarnya terletak di Tepian Pantai. Kami memilih untuk berehat sebaiknya di Resort.

Kat Stesen minyak....ada jual cenderahati

Beli Maggi Sayur kat Stesen minyak...tuang air panas cari port.....(makanan halal sepanjang tepi jalan adalah munasabah) lain kali bawa bekal...tapi roti, biskut, maggi...baca ramuan dengan teliti..Baca Bismillah...makan,


Walaupun sudah beberapa belas kali ke Hatyai dan satu kali ke Phuket..kembara ini lebih unik kerana aku ada segalanya (bukan ikut orang) Memandu kereta sendiri bersama keluarga dengan tahap kebebasan maksima, pulak tu MY Steel bersama dalam kemabara ini. Menggunakan rak tanpa roda hadapan nampaknya lebih selesa, kerana aku dapat memandu lebih laju dan tahap ketinggian kurang berbanding rak penuh.


Sepanjang perjalanan menuju ke Surathani masih terdapat beberapa kenderaan pendaftaran Malaysia, kelajuan kenderaan di lebuhraya adalah sehingga 130 km/j, aku tak nampak had laju maksima di sini, Cuma apabila memasuki bandar, kena ikut limit kelajuan di bandar (aku pun tak tahu berapa). Kenderaan laju-laju…tapi banyak juga pick-up yang membawa beban besar dan tinggi tersangat perlahan di tengah-tengah lorong….tapi pemandu Thailand macam tak kisah pun, tak marah pun (mungkin dah terlalu biasa), kalau kita dah angkat tangan atau beam lampu, kalau kiri clear, mereka potong ikut kiri dan terus berlalu pergi…

Inilah Thailand..mahu cuba....

Satu bandar, satu produk...bandar ni bandar pisang


Lebuhraya di sana tak macam Malaysia, ia masih dua lorong tetapi terbuka merentasi kampung dan bandar, TIADA TOL. Laluannya amat luas dan setiap beberapa kilometer ada tempat U turn, di bandar ada empat laluan, dua laluan paling tepi kiri dan kanan adalah laluan frontage (bandar) manakala dua laluan di bahagian tengah boleh terus dengan kelajuan biasa (sebab itu kiri dan kanan bangunannya amat luas…..) lihat gambar.
Selepas Surathani tiada lagi kenderaan Malaysia, kami kini bersendirian menyusuri sepanjang laluan ke Utara, banyak terima kasih pada Garmin GPS kerana ia amat membantu (beli pun memang nak masuk Thailand). Anak dan isteri, tertidur dalam kejauhan tahap tinggi, dan panas yang amat sangat di luar. Pemandangan tak banyak membantu merehatkan mata…Zurrr terus 125 km/h.

Dalam balang tu Teh susu dah siap bancuh...perkena teh ais sampai ke sudah lekat minum teh ais

Bandar ni jual durian...pertama kali jumpa durian sebesar-besarnya..tak berani beli...sebiji confirm tak habis...

Bandar ni jual salak, petai dan juga pisang.....agaknya kerajaan dah rancang...satu bandar satu produk tanaman...jadi mereka pakar dalam bidang masing-masing....kementerian pertanian boleh amalkan ni.....


Oleh kerana lebuhraya menyusuri kampung dan bandar, stesen minyak banyak dan mempunyai saiz yang begitu besar dan hebat. Macam kat Europah pulak aku rasa. Selepas Surathani, singgah di gerai kampung…beli buah potong dan perkena teh ais…..selepas pada tu kami sekeluarga sepanjang berada di Thailand akan minum Teh Ais…..rasai kelazatannya…
Dengan jumlah kilometer yang aku dapat, confirm Kanchanaburi tidak akan pasti, lebih baik cari tempat yang baik, bermalam dan pagi esok boleh ride…..
Hanya berpandukan maklumat dari peta GPS, aku cari bandar tepi pantai (kebetulan aku nampak tanjung atau teluk) berkemungkinan tempat ini menarik, manakala ia merupakan kawasan tersempit di Thailand (Segenting Kra). Sebaik sahaja sampai di Pracuap Khiri Khan, aku setting cari resort (biasanya resort tepi pantai), hanya berpandukan GPS masuk lorong entah mana, akhir kami sampai di Baan Forthy jam 8.30 malam (9.30 waktu Malaysia).
Tak sempat check-in (tuan resort mesra dan baik hati, melihat kami keletihan, dia hanya menyerah kunci, tiga biji buah kelapa muda siap untuk di minum dan perihal lain, esoknya), zzzzzzzzzz,
“Begitulah cerita semalam”….sambil bersiap untuk berkayuh menikmati pagi Pracuap Khiri Khan….bersambung ‘Kembara Thailand Hari 2’


Sampai di Baan Forty resort...


Depan Chalet....nyaman...





Perkampungan nelayan



bandar pisang...segala produk pisang boleh di temui..yang bersalut coklat pun ada...

Pisang ni di bakar...di penyet dan ada kuah manis

Isi minyak cara mesin automatik (isi duit)

1 comment:

  1. Well documented trip. Enjoyed reading your post. Hope to drive in one day with the family too. Best Regards!

    ReplyDelete