Tuesday, March 2, 2010

Panasonic adalah......

MENIUP KEMBALI SEMANGAT SAMURAI YANG HILANG

*Bahasa Pasar je….ringan-ringan otak hehehe (hobi menulis kembali…)

Inilah dia basikal Panasonic...


Panasonic bukanlah TV, Panasonic bukanlah Aircond, Panasonic bukanlah DVD player atau apa sahaja yang sering dikaitkan dengan barangan elektrik. Panasonic adalah sejarah, satu sejarah yang tercatat dari kehidupan pengasas Panasonic itu sendiri. Mr. Konosuke Matsushita, pengasas jenama National/Panasonic yang amat terkenal di dunia itu merupakan seorang yang menjiwai dunia berbasikal. Rupanya Panasonic merupakan pengeluar basikal yang amat dikenali semenjak awal tahun 1960an lagi dan pernah menjadi pengeluar/vendor bagi syarikat basikal jenama Schwinn yang mempunyai standard kualiti amat ketat.

Jadi inilah dia yang selama ini aku maksudkan itu….basikal Panasonic…welkomen to SMOF2WORLD…….

Fail.....dah masuk air....cuci, grease dan pakai balik....

Perfect...18 tahun tapi grease kualiti dan waterproof

Dapat terus barai....segalanya...


Semenjak menggilai frame besi dan basikal2 oldskool, aku terus tercari-cari sebuah rangka lebih baik yang boleh memberi inspirasi dalam jiwa aku ini. ‘My Steel” basikal besi yang sedang aku gunakan itu sebenar sudah hampir mencapai matlamat, dari segi ‘part’ Shimano STX adalah amat memberangsangkan…tetapi frame itu sebenarnya belum cukup mampu mencapai standard dan mengalami ‘alignment’ belakang tidak begitu lurus.

Tambahan pula aku mempunyai ‘saddle’ Brooks untuk dikenakan pada basikal besi…jadi ia mestikan mencapai tahap kepuasan yang aku mahu.

Pertama kali jumpa...atas pakai kun

Groupset XTR...


Sekian lama mencari, di semua kedai basikal terutama kedai-kedai hebat yang telah berpuluh tahun beroperasi, BBS, kedai besi buruk, kedai potong……manalah tahu ada satu benda yang dipinggirkan tetapi tidak bagi aku. Kedai ABC dah puas selongkar….. Kat Thailand sempat mencari..ada 2500 bath…tetapi tak jauh beza dengan my steel, manakala apa yang aku mahu tidak dijualnya….Tuan kedai itu pun pandai nak buat koleksi……Dia infokan aku cari Titanium….bila dia sebut harganya..buat2 terkejut pulak…

Oklah…aku taknak Titanium….harga melampau……2nd hand pun RM2500 ke ????, membazir….. Aku hendak cari kepuasan dalam dunia berbasikal….Kebiasaannya kepuasan wang ringgit, sebabkan kita tak cukup2. Pakai 3 bulan pun dah hilang feel, biarpun berhabis puluhan ribu….

Akhirnya……di sebuah ‘kedai potong’ atas info rakan…aku dapati ada sebuah ‘Oldskool’ Panasonic…ahhh pelik tapi parts XTR beb…tapi 8 speed…Betul-betul lusuh..bertindih-tindih antara satu sama lain…IngatkanRM400 je…terkejut jugak aku dia bukak rega RM900….30 minit tawar sambil belek…Last2 dia kasi RM800 mahu you angkat atau anytime orang lain mahu…Tokey tu pun minat basikal…Basikal Road bagus-bagus (oldskool) dia dah ketepikan.

Tiga puluh minit aku membelek basikal Panasonic…..Barang XTR takkan Frame main-main..Okey boss, I angkat this bike…..bayar deposit dulu…, balik Thailand baru angkat..mana tahu ada ‘barang baik’ kat sana……

Seminggu kemudian, aku ambil Panasonic…balik terus barai…betul-betul barai, aku tekad untuk polish, grease dan minyakkan semua part… Hari demi hari semua barangan basikal tersebut diusik, di mandi dan dikilatkan…..aku semakin hampir dengan Panasonic, teringat pula untuk mencari dalam internet…

First touch Cheras - Bukit Beruntung

Pencarian berakhir......


Sila rujuk alamat ini untuk, satu laman untuk pengumpul dan peminat basikal Panasonic..: http://panasonicbikemuseum.info/ atau http://www.yellowjersey.org/pana.html

Setelah meneliti artikel dan info dari laman di atas, aku terus jatuh hati…Ia bertepatan dengan apa yang aku mahu…Ia bukan sekadar basikal…tetapi ia dilahirkan dari jiwa seorang peminat basikal dan ia mempunyai sejarahnya tersendiri.
Akhirnya yang menjadi impian atau buruan atau digilai peminat basikal gunung tahun 1990an itu menjadi kesinambungan mereka sehingga kini 2010 bersama aku. Panasonic you find the right person to bring you up round the world...
Pemasangan mengambil masa 1 minggu, Tunggang uji pertama adalah sejauh 68km Cheras – Bukit Beruntung….Perfect....,

Panasonic....pada mulanya was2 tapi dah baca sejarah...I like ada 'feel'

Di samping itu sudah melengkapkan empat penjuru kayuhan dari Cheras, Ke Utara (Bkt Beruntung), Selatan (Nilai/Salak), Barat (Shah Alam), Timur (Temerloh)…..


Antara petikan: Mr Matsushita would not abide by low quality in Panasonic bicycles no matter the profit margins. And he could afford it. Like other dedicated cyclists (such as the Huffman family who built and sold Huffys with an eye toward quality) he didn't want the name slapped on shoddy equipment.
Tellingly, Schwinn's first outsourced bicycles were built by Panasonic, sold as "World" bicycles in 1972. Panasonic was the only vendor to meet Schwinn's rigid standards when they could afford to be picky. Still and all, the Panasonic bikes met initial dealer resistance as "imports" and were not included in the Schwinn consumer catalog. Schwinn's standard model from Panasonic was the World Traveller. It was priced between the Varsity and the Continental but with a lugged frame and Shimano equipment. Schwinn also marketed a top shelf touring model from Panasonic, the World Voyager, lugged with butted Tange tube, lots of chrome, forged ends and Shimano's excellent Crane changers with Suntour bar-end shifters. This was serious competition to the Paramount series at half the price. Mechanics knew the Shimano gear was clearly superior to Campagnolo's Gran Turismo on the P15 Paramount. By 1974 the Voyager was quietly dropped, the Shimano Crane derailleur appeared on the new Paramount Touring, and Schwinn made a large commitment to Panasonic-built LeTours which would become Schwinn's second-most-popular model through the seventies.

OKlah….aku tengah minat menulis…apa sahaja aku nak tulis…… “Menulis boleh hilang tension…..” aku pernah terdengar

Luka-luka kecil....dicat dengan Hammerite (Direct to rust..setin kecil RM32)
saja..kasi gold...bagi nampak merawat kesan luka....


XTR 8 speed...sekarang 10...sekarang aku tak heran dah....



FD XTR....


Nama tuan empunya.....terbenam pada frame...tentu minat giler pada basikal



Tange....lawannya Easton (Japan v/s Eropah)


Brek Cun walaupun pada mulanya kurang percaya


Kulit...beli kat Bangkok



Tongkat....kualiti Panasonic


Rumah Bukit Beruntung...Home to home



Kolam Air Panas Selayang

2 comments:

  1. aii panasonic pun kuar mtb.camni ke selongkar kedai2 potong kete n junk yard.tapi rege 800 tu tinggi mcm rege kat KSH je.huhuhu

    ReplyDelete
  2. JANDA BERHIAS....mahal la sikit....

    ReplyDelete